Followers

Friday, March 1, 2013

Kesian dia kena marah

Danial dah semakin aktif.  Bukan setakat bermain je dia aktif. Tapi kalau menyusu pun dia tak boleh duduk diam.  Baru2 ni saya mengalami bengkak susu.  Bagi mommy yang pernah kena bengkak susu ni mesti tahu kan rasanya.  Sakit... 

Danial akan lebih mudah tido kalau saya susukan dia sambil baring.  Kebiasaannya Danial akan memusing2kan badan, kejap baring kejap duduk dan mcm2 la aktiviti dia sampai la tertido sendiri.  Tapi lain pulak halnya kalau saya mengalami bengkak susu.  Bila Danial bergerak bnyak sangat, mesti sakit.  Sudahnya saya akan marah dia.. :( Tapi tak lah sampai marah teruk2.  Cuma keras sikit je. 

Pagi2 waktu nak pegi keje tu, tetiba rasa sayu sbb teringat saya marah dia malam tadi.  hmmm kesian pulak kat dia.. haihhh. Memang kena banyak sabar la kan menghadapi kerenah anak yang tengah nak membesar ni.