Salam...
Lama tak jenguk blog khas Danial ni. almaklumlah, blog utama (ayumieka.blogspot.com) pun jenuh nak berentri hari2... Pejam celik pejam celik Danial dah pun 3 tahun. dah ada adik pun. Kisah Danial dan adiknya Safiyya Iman ada kat blog saya.. sila2 la ye. huhu..
Danial yang 3 tahun... Danial nampaknya semakin lancar bercakap. Ayat nya tersusun walaupun ada pelat sana sini.. tak kisah la tu kan. Baru 3 tahun takkan nak cakap perfect sangat kot. Dah semakin teserlah sifat abangnya. Dulu kemain lagi manja masa saya mengandung. Rupanya bila adik dia lahir, terus berubah sikap dia. Sayang kat adik rupanya. Alhamdulillah. Lega saya.
Hmmm rindunya kat budak tecik saya ni. Kadang2 rasa bersalah kat dia sebab tak boleh nak tumpu 100%. Banyak masa saya terarah pada adik dia sekarang yang baru 5 bulan. Segala hal dia, papa dia yang uruskan. Harap nnt kalau Danial dah besar nanti jangan kecik ati ngan mama tau. Bukan mama tak sayang. tapi adik kecik lagi. Nanti adik dah besar sikit, kita main sama2. Sekarang ni adik nak menempek je keje dia. huhu.
|
Baru bangun tido |
|
Dating berdua dengan dia... belanja orang demam |
|
Teman papa beli makan malam |
|
Danial dan dinosaur tak boleh dipisahkan.. |
|
Breakfast at mamak sebelum balik kampung.. hmm baju dinosaur lagi |
|
Telefon mama jd mangsa |
|
Seronok dapat main kat sini |
|
susah nak dapat gambar dia senyum |
|
Teringin nak jadi baby.. so panjat katil adik |
|
pagi raya korban... pertama kali raya tak balik kg |
|
Birthday celebration -tema dinosaur in da house |
Nota kaki: Aktiviti sebelum tido... garu belakang badan...