Followers

Thursday, June 28, 2012

Penyedian Makanan Bayi ~ part 2

Hi... sebelum ni saya pernah share cara mudah nak sediakan bubur nasi untuk baby. sila rujuk entri yang lalu.  dan seperti yang dijanjikan, kat sini saya share sikit tentang penyediaan puree utk Danial.
Masa mula memperkenalkan solid food pada Danial, saya memilih carrot kerana bagi saya ia mudah, murah, sedap dan berkhasiat.  Kat bawah ni merupakan cara penyediaan carrot utk dijadikan puree bagi santapan anakanda yang terchenta... ehh ada broccoli jugak... so ada variasi warna sikit dalam makanan... oren n hijau.

1. Basuh bersih2 semua sayur tu... potong kecik2 mcm dalam gambar nih
Carrot

Broccoli



2. Stim atau rebus sayur2 tadi... Macam saya sendiri, saya lebih suka kukus je sbb nutrien akan lebih terpelihara.  Kerja2 stim ni menjadi lebih mudah dengan food processor jenama Little Bean nih... saya beli kat Fabulous Mum.  Selepas sayur siap dikukus, pindahkan ke sebelah kanan untuk diblend pulak...

Kiri: Broccoli yang sedang dikukus... Kanan: Siap sedia untuk diblend



Kukus Carrot pulak... Yang dah diblend lupa nak snap pulak :(

 3. Bila dah siap blend menjadi puree, masukkan ke dalam ice cube tray dengan menggunakan sudu... jgn terlalu penuh ye... nnt bila dah beku, dia akan mengembang sikit... (macam cupcake pulak)...  Ice cube tray ni saya beli kat Giant Hypermarket... rm3.99 je. Tapi takde tutup pulak.. so kena balut ngan plastik tu bagi mengelakkan ia tercemar kalau dibiarkan terdedah dalam freezer.

Nih yang sudah siap dibalut

Ni yang belum dibalut... (boleh ek buat ayat mcm nih :P)
4. Akhir sekali, masukkan dalam freezer utk di frozen kan ... Gambar yang dah jadi ice cube takde pulak sbb yang ni baru buat malam tadi... huhu...  lepas tu dah boleh tido dengan jayanye...  eh eh jgn lupa basuh semua peralatan yang digunakan ye... :)
ada bedak sejuk pulak kat sebelah...


Sebelum tido, sempat lagi lenyek*kan pisang untuk bekalan Danial ke rumah pengasuh...
Begini la rupanye... kalau pisang tu tak payah la blend ye... lenyek je...
Bekalan untuk Danial.. Bubur nasi + carrot + serbuk ikan bilis**, sebiji pisang dan biskut merrie. 

Nota: * lenyek @ lecek
          ** ikan bilis tu nnt saya cerita dalam entri yang akan datang ye..

Selamat bersantap... daa

No comments:

Post a Comment