Followers

Tuesday, June 12, 2012

Danial memang suka jumpa doktor or Danial masih tak takut pada sesiapa

Salam... apa nih.. berbelit belit tajuk entri.  Sebenarnya nak cerita tentang  jumpa doktor semalam kat HUKM @ PPUKM. hehe. Ini merupakan rawatan susulan utk Danial.  Kalau ikutkan tak payah pegi dah tapi doktor masih nak tengok perkembangan dia, so pergi jugak la.. Buat pengetahuan semua, semasa bersalin, berlaku komplikasi dan saya terpaksa dibedah dengan kadar segera.  Doktor mendapati Danial dah tak bergerak dalam perut n contraction makin kuat tapi bukaan sikit je... tak silap baru 5. Kalau tengok report, doktor tulis 'fetal distress'.. haii kesian anak mama ni., nak keluar tapi tak de jalan. Akibat lemas tu Danial ditahan di NICU selama 7 hari.  bila dah check semua2, doktor dapati, jantung danial tak bercantum sepenuhnya. Jadi perlu buat follow up selepas beberapa bulan dilahirkan.  Haa sebab tu la kami pegi HUKM untuk dapatkan pandangan doktor sini.  Bila dah jumpa doktor tu, alhamdulillah.. doktor cakap semua dah normal. (agak teliti jgk doktor nih) Prof u.. mesti la terror. huhu. Tapi dia masih nak kami datang balik bila umur danial 7 bulan... haa tu yang pegi HUKM semalam tu (11 June 2012).

Danial mcm perangai dia jgk.. bila doktor pegang2 dia, mula la dia senyum2.. pastu gelak laa. ingat doktor tu dok acan acan (bahasa utara) dia. Sangat la aktif n tak duduk diam. Doktor pun tanya.. "Dia takut pada orang tak? Saya cakap "Tak takut pun.. dia tak kisah pun sape dukung dia" hmm mungkin dia masih belum betul2 kenal orang.  Mungkin jgk... tapi kalau ikutkan, masa mula2 hantar rumah pengasuh, Danial punya la meraung sbb tak kenal... hari yang ketiga baru dia ok walaupun muka ada sikit sebek. Maknanye dia mmg dah kenal orang la kan... Haa yang ni mmg perangai dia lagi satu... suka buat muka kerek bila tengok orang. bila dah lama orang usik2 dia, baru dia senyum n bagi respons kat orang tu.

Ini antara perkembangan Danial @ 7bulan
1. Boleh melunjur kedepan
2. Boleh merangkak (tapi tak bergerak pun)
3. Duduk senget
4. Membebel
5. Bubling
6. Gigi 2 batang (bawah)
7. Boleh berdiri sambil berpaut
8. Menggenggam barang
9. Menukar tangan (Saya bagi biskut pada tangan kanan dia, tapi dia pass kan biskut tu pada tangan kiri)
10. Berjalan melangkah ke hadapan (guna walker la tapi... hehehe)
11. Ketawa mengekek (tapi ni dah lama rasanya)

Satu je lagi yang saya tunggu2.. 'bila la Danial boleh sebut Ma ma or Pa pa"

No comments:

Post a Comment