Followers

Monday, July 9, 2012

Suntikan Pneumococcal

Salam... sabtu 7 July 2012 yang lalu, kami bawak Danial ke KPJ Kajang utk appointment Pneumococcal nya yang pertama..  Mula2 tu Danial mmg cool je... tapi bila kena cucuk, dia punya jerit!!! haha. kesian pulak tengok dia.  Doktor cakap cucuk ni pedih sikit. Sebab tu agaknye dia menjerit tu. Tapi nasib baik dia tak menangis n lepas kena cucuk papa dia terus dukung.  And as usual, Danial akan tersenyum balik. 
Buat pengetahuan parents kat luar sana, suntikan ni sebenarnya takde dalam senarai yang wajib utk anak kita tu...  refer rajah bawah: 
Pastikan anak anda tidak ketinggalan mana2 dos yang wajib utk dia...   kalau terlepas tu, sila refer cepat2 KKIA*
Macam saya cakap tadi, suntikan ini mmg tak tersenarai tetapi hanya la option kepada ibu bapa untuk memastikan anak kita terhindar dari penyakit Pneumokokal ni..  Kat sini saya serta kan sekali huraian tentang Pneumococcal dengan lebih lanjut.
Q -Apa itu Penyakit Pneumokokal (Pneumococcal)?
A - Berpunca dari Bakteria Streptokokus Pneumoniae (pneumokokus)
   - Ia biasanya ditemui di dalam saluran penafasan kanak2 dan disebarkan melalui batuk atau bersin
   - Kini terdapat lebih daripada 90 jenis pneumokokal yang diketahui, namun hanya lebih kurang 10% boleh menyebabkan penyakit yang serius di seluruh dunia
- Jenis yang biasa ditemui di rantau kita adalah 19A, 6A, 14, 6B 19F dan 23F.  
19A adalah bakteria yang muncul di dunia dan boleh menyebabkan Penyakit Pneumokokal yang serius dan  bersifat kebal antibiotik.

Q - Apakah akibat dari Pneumococcal?
A - Pneumokokas menyerang beberapa bahagian tubuh yang berbeza
1. Meningitis  - Jangkitan selaput otak dan saraf tunjang
2. Bacteremia - Jangkita dalam darah
3. Pneumonia - Jangkitan paru2
4. Otitis Media - Jangkitan telinga tengah

Q- Tahap serius Penyakit Pneumococcal?
A -  Ada 3 tahap bagi penyakit ini..
      1. Kerosakan Otak
      2. Hilang Pendengaran
      3. Kematian

Q -  Siapa yang perlu dilindungi daripada penyakit pneumococcal?
A -  1. Kanak2 di bawah umur 5 tahun
        2. Kanak2 yang tinggal di pusat jagaan harian
       3. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah
       4. Mereka yang menghidapi penyakit kronik ( kencing manis, jantung, paru2, buah pinggang atau hati)

Q- Bagaimana untuk melindungi daripada penyakit pneumococcal?
A - 1. Penyakit Pneumococcal boleh dirawat dengan antibiotik.  Sejak beberapa tahun kebelakangan ini , bakteria pneumococcal didapati bersifat kebal terhadap antibiotik yang biasa digunakan.  Ini membuatkan rawatan menjadi sukar dan mengakibatkan tempoh rawatan di hospital yang lebih panjang dan kos yang tinggi.
2. Cara terbaik untuk melindungi daripada penyakit Pneumococcal adalah melalui vaksinasi.  Kini terdapat 2 jenis vaksin pneumococcal untuk kanak2.
 a. Vaksin Konjugat Pneumokokal 10 Valen (PCV10) - melindungi kanak2 drpd 10 jenis bakteria pneumococcal
b. Vaksin Konjugat Pneumokokal 13 Valen (PCV13) - melindungi kanak2 drpd 13 jenis bakteria pneumococcal
3. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menempatkan Penyakit Pneumokokal iaitu penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin sebagai punca nombor 1  kematian kanak2 di bawah umur 5 tahun di seluruh dunia.  

### Nantikan sambungan pada entri akan datang ;)

*KKIA - Klinik Kesihatan Ibu Anak

Note: Untuk maklumat lanjut sila dapatkan nasihat Paed masing2 untuk kesihatan anak anda...

Upah selepas kena cucuk... sekali cuba terus terpikat... haii la Danial...





9 comments:

  1. salam..nak tnya..seeloknya brp umur baby bole dptkan suntikan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. pneumokokal boleh diberi kepada bayi seawal 2bulan. dan maximum 5 tahun... apa pun, bawak pegi jumpa doktor dulu untuk dapatkan maklumat lanjut. :)

      Delete
  2. salam...sy nk tnya...berapa kos suntikan kt kpj ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... saya tak berapa ingat rate yang tepat. tapi lebih kurang rm250++ utk satu dos.

      Delete
    2. dos adalah based on umur baby. kalau diambil seawal
      umur 2bln ada 4dos. kalau bermula umur 7bln ada 3dos.

      Delete
    3. umur 1-2thn ada 2dos. umur 2thn ke atas 1dos.

      Delete
    4. Betul tu... Macam anak kedua saya ni sebab saya amik seawal umur dia 2 bulan, jadi jumlah dos adalah 4. Macam abang dia dulu 3 dos je sebab lewat sikit.

      Delete
  3. Salam nk tanye, lepass cucuk vaksin ni mmg akan sakit ye dkat tmpat suntik tu. Sbb anak sy siang tu suntik mlm tu asyik ngadu sakit sampai nk melangkah pn x boleh.

    ReplyDelete