Followers

Thursday, July 26, 2012

Potong rambut lagi...

Lokasi: Giant Batu 9 Cheras


video

Yang terkini dari Danial yang dah 9 bulan....  resah gelisah bila orang potong rambut dia... 


Video kat bawah ni masa dia 6 bulan.. tapi masa tu awek yang potong...

Lokasi: Ampang Point
video

Monday, July 23, 2012

3, 2, 1 action

Danial dah makin besar... dah makin jelas dia sebut perkataan mama... mama mama mama... kalau lapar + mengantuk lagi jelas dia sebut MAMA... tapi bila nampak papa, terus dia sebut ATA... hahaha ata pun ata lah..












Note: 26 July 2012 - 9 bulan...

Monday, July 16, 2012

Alahai... anakku demam

Salam... mesti ramai yang ada pengalaman menjaga baby yang demam... kecian kan..isk isk isk... satu sebabnya baby kan tak pandai cakap.  jadi dia tak tau nak bagitau yang dia tak sedap badan. asik menangis je. Tido sekejap je lepas tu bangun terus menangis. dan ini la kali pertama Danial demam atau dengan kata lain demam yang betul2 efek kat dia.  selalunya kalau nak demam pun mcm jadi tak jadi je... masa demam campak ari tu pun, dia relax je... tumbuh gigi pun ok je.. tapi kali ni mmg tak ok. panas betul badan dia. sampai doktor cakap tekak dia ada bengkak sikit. tu yang makin susut tu badan dia sbb tak lalu makan.
Bila tengok badan dia panas je, terus saya basahkan kain n tekap2 kaki, tangan, badan n dahi dia... nak kurangkan panas tu... mmg ada kurang sikit, tapi bila lambat buat, badan dia panas balik. Dah la sejak akhir2 ni dia tak suka makan ubat.. jenuh nak paksa... kalau dulu, senang sgt nak bagi makan ubat. agaknye lidah dia dah reti beza makanan n ubat kot.  Sedap la mcm mana ubat tu (Ubat demam budak mmg sedap pun... perasa oren), tapi dia tetap tak suka.
muka budak demam...


Wednesday, July 11, 2012

Kesan sampingan Pneumococcal

Salam... sambungan dari entri yg lalu, saya sgt2 menggalakkan mana2 parents utk mendapatkan suntikan pneumococcal utk anak2 mereka.. Klinik2 kesihatan juga tidak menghalang malah menggalakkan sekiranya mampu kerana ia boleh mencegah banyak penyakit tetapi kalau nak terjadi jgk, anggap la itu ujian Allah kepada kita...
Di sini saya sambung sikit mengenai pneumococcal nih:

Q- Selamat tak vaksin pneumococcal di beri bersama vaksin yang disenaraikan dalam jadual?
A- Ya...vaksin pneumococcal ini boleh di beri bersama vaksin lain

Q- Ada kesan sampingan tak?
A- Vaksin, mcm ubat lain pun ada kesan sampingan tetapi kebykan kanak2 yg diberi imunisasi tidak mempunyai masalah langsung.  Spt vaksin lain yg diberi melalui suntikan, kesan samping spt kemerahan dan bengkak di tempat suntikan, atau demam.  Masalah ini tak serius dan jika berlaku tidak lah berpanjangan

Q- Benarkah mendapat perlindungan semulajadi setelah dijangkiti penyakit lebih baik?
A- Ia memang benar. tetapi.... sesetengah penyakit adalah teruk dan mungkin membawa kesulitan, kesengsaraan malah meragut nyawa.  sebagai contoh: kuman pneumococcal boleh menyebabkan meningitis yang boleh menyebabkan kerosakkan otak, batuk kokol boleh menyebabkan sawan, dan virus polio boleh menyebabkan lumpuh.  semua penyakit ini boleh membawa maut.
Pencegahan penyakit dengan menggunakan vaksin adalah pilihan yang lebih baik

Q- Umur yang sesuai?
A- Dicadangkan untuk bayi dan kanak2 berumur dari 2 bulan hingga 5 tahun. Umur anak menentukan bilangan dos suntikan yang diperlukan.  Sila rujuk doktor masing2

Q- Ada tak kanak2 yang tidak boleh diberi vaksin ini?
A- Kebnykkan kanak2 boleh diberi suntikan vaksin. tetapi hanya segelintir yang tidak boleh diberi. selalunya disebabkan oleh alergi atau masalah perubatan atau dalam keadaan di mana risikonya melebihi kebaikan.

Q- Bagaimana nak kesan sekiranya anak kita mendapat reaksi terhadap vaksin?
A- Keadaan reaksi alergi jarang berlaku, biasanya reaksi ini akan berlaku dalam masa beberapa minit atau beberapa jam disuntik.  gejala alergi termasuk pernafasan berbunyi, atau sesak nafas, ruam alergi, rasa lemah, pucat, kadar nadi jantung yang cepat, pening atau bengkak tekak... sekiranya berlaku tanda2 di atas, sila rujuk kepada doktor anda..

Bawak Danial kat sini laa...


Note:  Anak saya sendiri dah terlewat mendapatkan pneumococcal... selalunya 3 bulan dah start dos pertama... tapi ni dah 8 bulan baru nak amik.  Bukan takde kesedaran, tapi ekonomi tak mengizinkan... bila dah ada rezeki tu, mmg tak tunggu lagi.. sayangi lah anak anda..:)


Monday, July 9, 2012

Suntikan Pneumococcal

Salam... sabtu 7 July 2012 yang lalu, kami bawak Danial ke KPJ Kajang utk appointment Pneumococcal nya yang pertama..  Mula2 tu Danial mmg cool je... tapi bila kena cucuk, dia punya jerit!!! haha. kesian pulak tengok dia.  Doktor cakap cucuk ni pedih sikit. Sebab tu agaknye dia menjerit tu. Tapi nasib baik dia tak menangis n lepas kena cucuk papa dia terus dukung.  And as usual, Danial akan tersenyum balik. 
Buat pengetahuan parents kat luar sana, suntikan ni sebenarnya takde dalam senarai yang wajib utk anak kita tu...  refer rajah bawah: 
Pastikan anak anda tidak ketinggalan mana2 dos yang wajib utk dia...   kalau terlepas tu, sila refer cepat2 KKIA*
Macam saya cakap tadi, suntikan ini mmg tak tersenarai tetapi hanya la option kepada ibu bapa untuk memastikan anak kita terhindar dari penyakit Pneumokokal ni..  Kat sini saya serta kan sekali huraian tentang Pneumococcal dengan lebih lanjut.
Q -Apa itu Penyakit Pneumokokal (Pneumococcal)?
A - Berpunca dari Bakteria Streptokokus Pneumoniae (pneumokokus)
   - Ia biasanya ditemui di dalam saluran penafasan kanak2 dan disebarkan melalui batuk atau bersin
   - Kini terdapat lebih daripada 90 jenis pneumokokal yang diketahui, namun hanya lebih kurang 10% boleh menyebabkan penyakit yang serius di seluruh dunia
- Jenis yang biasa ditemui di rantau kita adalah 19A, 6A, 14, 6B 19F dan 23F.  
19A adalah bakteria yang muncul di dunia dan boleh menyebabkan Penyakit Pneumokokal yang serius dan  bersifat kebal antibiotik.

Q - Apakah akibat dari Pneumococcal?
A - Pneumokokas menyerang beberapa bahagian tubuh yang berbeza
1. Meningitis  - Jangkitan selaput otak dan saraf tunjang
2. Bacteremia - Jangkita dalam darah
3. Pneumonia - Jangkitan paru2
4. Otitis Media - Jangkitan telinga tengah

Q- Tahap serius Penyakit Pneumococcal?
A -  Ada 3 tahap bagi penyakit ini..
      1. Kerosakan Otak
      2. Hilang Pendengaran
      3. Kematian

Q -  Siapa yang perlu dilindungi daripada penyakit pneumococcal?
A -  1. Kanak2 di bawah umur 5 tahun
        2. Kanak2 yang tinggal di pusat jagaan harian
       3. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah
       4. Mereka yang menghidapi penyakit kronik ( kencing manis, jantung, paru2, buah pinggang atau hati)

Q- Bagaimana untuk melindungi daripada penyakit pneumococcal?
A - 1. Penyakit Pneumococcal boleh dirawat dengan antibiotik.  Sejak beberapa tahun kebelakangan ini , bakteria pneumococcal didapati bersifat kebal terhadap antibiotik yang biasa digunakan.  Ini membuatkan rawatan menjadi sukar dan mengakibatkan tempoh rawatan di hospital yang lebih panjang dan kos yang tinggi.
2. Cara terbaik untuk melindungi daripada penyakit Pneumococcal adalah melalui vaksinasi.  Kini terdapat 2 jenis vaksin pneumococcal untuk kanak2.
 a. Vaksin Konjugat Pneumokokal 10 Valen (PCV10) - melindungi kanak2 drpd 10 jenis bakteria pneumococcal
b. Vaksin Konjugat Pneumokokal 13 Valen (PCV13) - melindungi kanak2 drpd 13 jenis bakteria pneumococcal
3. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menempatkan Penyakit Pneumokokal iaitu penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin sebagai punca nombor 1  kematian kanak2 di bawah umur 5 tahun di seluruh dunia.  

### Nantikan sambungan pada entri akan datang ;)

*KKIA - Klinik Kesihatan Ibu Anak

Note: Untuk maklumat lanjut sila dapatkan nasihat Paed masing2 untuk kesihatan anak anda...

Upah selepas kena cucuk... sekali cuba terus terpikat... haii la Danial...





Friday, July 6, 2012

Siap Sedia Tidur Sendirian - Bayi - Pa Ma

Kesinambungan dari kisah tido asing, saya nak share sikit antara tips berguna untuk berpisah bilik pulak... tips ini saya dan suami akan praktikan apabila tiba masanya... (bila Danial dah besar sikit.)
Tips ni saya dapat dari Pa&Ma... Kredit untuk mereka kerana memberikan tips2 yang berguna dalam dunia keibubapaan  http://www.facebook.com/majalahpama

Sumber: http://pama.karangkraf.com/bayi/siap-sedia-tidur-sendirian-1.64163
 
18 Tip Yang Boleh Dijadikan Panduan :
1. Sediakan bilik yang selesa untuk si manja anda. Ini tidak bermakna anda perlu hias biliknya dengan perabot mewah dan sebagainya. Sebaliknya memadai jika bilik tersebut bersih dan kemas. Sebagai permulaan, anda boleh mulakannya dengan hanya meletak tilam dilengkapi cadar yang motif dan warnanya sesuai dengan budak-budak.

2. Berikan masa kepada anak untuk membuat persediaan mental dan emosi. Terangkan kepadanya bahawa dia sudah besar dan perlu belajar tidur sendiri. Pastikan tidak ada sesiapa yang cuba takut-takutkan dia apabila tidur sendiri nanti. Katakan pada dia budak yang berani adalah budak yang bijak.

3. Persediaan mental dan emosi. Sama seperti orang dewasa, kanak-kanak juga mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan sesuatu yang baru. Jadi, sebaik-baiknya beritahu pada anak-anak anda bahawa mereka perlu tidur sendirian lebih awal dari jangka masa yang anda sasarkan. Ini memberi mereka ruang untuk membuat persediaan mental. Bagi membuatkan mereka lebih faham kenapa perlu berbuat demikian, berikan alasan-alasan yang kukuh misalnya apabila punya bilik sendiri, mereka ada ruang sendiri untuk bermain dan membaca.

4. Anda boleh melatih si kecil untuk tidur di biliknya pada siang hari. Temankan dia terlebih dulu dan bacakan buku cerita yang memberi manfaat kepada si kecil. Lakukan sekerap mungkin dan cara ini pasti dapat membantu membiasakan anak anda.

5. Ajak si kecil anda menghias bilik tidurnya. Pasti dia teruja apabila benda yang disukainya menghiasi ruang privasinya. Sebagai contoh, jika si hero sukakan kereta, terapkan elemen permotoran dalam bilik tidurnya. Begitulah sebaliknya.

6. Pastikan ada ruang bermain dalam bilik anak-anak dan pastikan hiasan bilik tidak terlalu sarat. Elakkan meletak barang-barang kaca yang mudah pecah. Ia berbahaya.

7. Bagi anda yang mempunyai lebih daripada seorang anak dan sama jantina, katil dua tingkat mungkin pilihan yang tepat untuk jangka masa panjang, terutama bagi kediaman yang mempunyai bilik yang terhad. Pastikan katil yang dipilih itu mempunyai pengadang yang tinggi (bahagian atas) bagi memastikan keselamatan anak.

8. Andai katil bayinya dahulu boleh diubahsuai menjadi katil kanak-kanak, ini menandakan anda berhadapan dengan satu proses yang agak mudah. Anda boleh menunjukkan kepada si manja bahawa dirinya tidak ‘diusir’ daripada tempatnya yang lama.

9. Sejurus si manja anda berpindah ke biliknya sendiri, kekalkan rutin tidurnya dan biasakan si manja buang air kecil dahulu sebelum tidur. Anda tidak perlu mengubah waktu tidurnya kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan kepada si manja nanti. Masalah lain yang mungkin timbul, anak anda mungkin boleh berasa terlalu ‘bersemangat’ sehingga dia sukar tidur.

10. Anda boleh melayani kerenah si manja yang pada awalnya mungkin akan terus bermain, keluar masuk bilik meminta segelas air, meminta anda membacakan buku untuknya, berulang alik ke tandas, minta ditemani. Tetapi, pastikan ada batas waktu yang ditetapkan. Apabila waktu yang dihadkan sudah tamat, anda perlu bertegas dengan keputusan anda.

11. Cuba selidiki kenapa si manja anda suka tidur dengan anda? Mungkin si manja takut dengan kegelapan? Atau wujudnya rasa cemburu dalam diri mereka apabila si adik masih boleh lagi tidur dengan anda sedangkan dia tidak? Berkemungkinan persoalan inilah yang akan membantu anda mencari jalan penyelesaiannya.

12. Berikan mereka benda yang boleh membuatkan si manja rasa selamat dengannya. Contohnya sebuah patung besar yang boleh membuatkan si manja rasa ‘berteman’ apabila tidur.

13. Sediakan pencahayaan yang bersesuaian untuk si manja. Kebanyakan kanak-kanak memang takut dengan kegelapan. Jadi belilah lampu-lampu ‘fancy’ khusus untuk si manja.

14. Latih anak-anak untuk mengemas bilik mereka sendiri. Walaupun lipatan selimut mereka tidak begitu kemas, biarkan dan beri mereka peluang untuk memperbaikinya.

15. Bersabar adalah kunci paling utama. Memang tidak mudah untuk mengajar si manja tidur sendirian di biliknya. Dan ia mungkin tidak akan berhasil hanya dengan satu malam. Cara yang paling baik, selidiki apa yang menyebabkan si manja anda tidak suka tidur sendirian. Dan cuba cari jalan penyelesaiannya sebaik mungkin.

16. Amalkan membaca doa sebelum tidur dan Surah 3 Qul. Latih anak-anak untuk turut membaca doa ini setiap kali sebelum masuk tidur. Insya-Allah doa ini akan meningkatkan keyakinan kita sendiri serta anak-anak bahawa Allah akan sentiasa melindungi mereka.

17. Jadi, pada peringkat awal peralihan ini ibu bapa memerlukan tahap kesabaran ekstra. Pimpin si manja ke bilik semula setiap kali dia keluar dari bilik tidurnya.

18. Dan yang terakhir, anda boleh menerapkan sistem ‘reward.’ Seperti beli ‘sticker’ atau pelekat bergambar dan lekatkan di papan khusus untuk menunjukkan berapa kali si manja tidur tepat pada waktunya dalam satu minggu. Pada minggu akhir, berikan ia sesuatu yang istimewa seperti membacakannya cerita lebih lama atau memasakkan si manja anda makanan kegemarannya
 

Mood Jalan Jalan

1 July 2012






Note: Tengok sana... tengok sini... last last zzzzzz

Thursday, July 5, 2012

Tidur asing...

Baru 2 malam tido asing, mama dah rindu kat Danial... Tapi ini untuk kebaikan kita semua... Tak dapat saya bayangkan kalau Danial dah 3@4 tahun masih tido berkepit dengan mama n papa.  Lagipun risiko untuk jatuh katil adalah tinggi.  Jadi kami pun buat keputusan utk mengasingkan tempat tido Danial dengan membeli katil baby.  Dari mula Danial lahir, saya n suami masih berkira2 sama ada nak beli katil atau tidak. sbbnya Danial breastfeeding jadi lebih mudah kalau dia tido sebelah. kalau tebangun je tengah malam, terus boleh susukan dia tanpa perlu bangun dari katil.  Boleh kata tido saya tak terganggu la sbb bila dah sumbat mulut Danial tu dia terus diam n sambung tido.  zzzzzz 

Macam mama saya sendiri, dia selalu nasihatkan saya untuk beli katil baby. tak kisah la mahal ke murah ke, yang penting Danial tido atas katil sendiri... Tambah mama lagi, semua 4 anak mama tak tido berkepit.. semua tido atas katil sendiri dari baby lagi... Mama tak terangkan pulak secara detail kenapa kena asingkan tempat tido baby tapi salah satu sbb yang dia cakap, nnt Danial akan lebih berdikari. hmmm

Selain tu, saya ada jgk dapatkan pendapat dari orang lain, dan kebanyakkannya cakap "tak payah beli.. membazir je... nnt buat penat badan je sbb kena bangun tengah malam untuk susukan anak..." aikkk berbeza sungguh dengan pendapat mama saya.. huhu. 

Ada sekali tu saya bertanya pada husband "Pelikkan tengok mat salleh ni diorang boleh asing kan baby dalam bilik lain.  tapi kalau orang melayu, sebolehnya anak dok tido berkepit ngan mama dia n bapak pulak tido bawah... " Husband pun balas balik... "Diorang mmg dah terbiasa mcm tu..." Bagi saya, diorang boleh kita pun boleh.  Mmg la agak kekok n letih + mengantuk... tapi saya sgt berharap niat suci murni saya ni akan berkekalan, dan sentiasa sabar menempuh dugaan dalam membesarkan anak.
Setelah berfikir panjang, kami pun berkunjung ke ikea untuk survey barang2 baby n perabot lain... niat asal nak tengok2 je dulu... tapi dah terbeli dah pun. :)

Apapun alasan saya, bukan bermakna saya mengatakan tido dgn baby ni tak bagus... buktinya seperti kat bawah ni... Kat sini saya share sikit antara kebaikan tido berkepit dengan baby anda:


Antara kebaikan tidur bersama bayi ialah :
1. Mudah untuk menyusukan bayi sebab tak payah nak bangun setiap kali bayi menangis nak susu. Baby nangis je, boleh ngiringkan badan dan sumbat. Habis cerita…
2. Sewaktu menyusukan bayi, anda boleh tidur sekali (bagi mereka yang menyusu badan). So jimat masa tidur anda
3. Kajian menunjukkan bayi yang tidur bersama dengan ibunya mempunyai tahap keyakinan diri yang lebih tinggi apabila dewasa nanti
4. Membantu mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan bayi
5. Kajian juga menunjukkan bayi yang tidur bersama ibunya akan tidur lebih lama 


Yang ni pulak saya petik dari kata2 pengarang buku Ibu Bapa Bijak Anak Hebat, Encik Zaid Mohamad

Antara kebaikan mengasingkan tempat tidur bayi:

Terdapat pelbagai pendapat daripada sudut psikologi mengenai anak yang tidur bersama ibu bapa dengan anak yang dipisahkan awal. Anak yang dipisahkan tempat tidur akan lebih berdikari dan berani kerana tidak bergantung kepada ibu bapa pada waktu tidur.
Mereka juga akan lebih cerdik kerana banyak melakukan sesuatu dengan sendiri seperti menjaga tempat tidur dan menyediakan diri sebelum tidur.
Baik anak lelaki mahupun perempuan, akan timbul rasa bertanggungjawab kerana mereka mempunyai ruangan tersendiri yang perlu dipastikan terus selesa dan sentiasa kemas
Terdapat risiko utama yang terpaksa dihadapi ibu bapa apabila anak secara tidak sengaja terlihat perlakuan seksual mereka.

Sumber: Harian Metro untuk bacaan lanjut...
sumber gambar: sleepedia



Pilihan ditangan anda... mana2 pun ada kebaikannya.