Followers

Wednesday, July 11, 2012

Kesan sampingan Pneumococcal

Salam... sambungan dari entri yg lalu, saya sgt2 menggalakkan mana2 parents utk mendapatkan suntikan pneumococcal utk anak2 mereka.. Klinik2 kesihatan juga tidak menghalang malah menggalakkan sekiranya mampu kerana ia boleh mencegah banyak penyakit tetapi kalau nak terjadi jgk, anggap la itu ujian Allah kepada kita...
Di sini saya sambung sikit mengenai pneumococcal nih:

Q- Selamat tak vaksin pneumococcal di beri bersama vaksin yang disenaraikan dalam jadual?
A- Ya...vaksin pneumococcal ini boleh di beri bersama vaksin lain

Q- Ada kesan sampingan tak?
A- Vaksin, mcm ubat lain pun ada kesan sampingan tetapi kebykan kanak2 yg diberi imunisasi tidak mempunyai masalah langsung.  Spt vaksin lain yg diberi melalui suntikan, kesan samping spt kemerahan dan bengkak di tempat suntikan, atau demam.  Masalah ini tak serius dan jika berlaku tidak lah berpanjangan

Q- Benarkah mendapat perlindungan semulajadi setelah dijangkiti penyakit lebih baik?
A- Ia memang benar. tetapi.... sesetengah penyakit adalah teruk dan mungkin membawa kesulitan, kesengsaraan malah meragut nyawa.  sebagai contoh: kuman pneumococcal boleh menyebabkan meningitis yang boleh menyebabkan kerosakkan otak, batuk kokol boleh menyebabkan sawan, dan virus polio boleh menyebabkan lumpuh.  semua penyakit ini boleh membawa maut.
Pencegahan penyakit dengan menggunakan vaksin adalah pilihan yang lebih baik

Q- Umur yang sesuai?
A- Dicadangkan untuk bayi dan kanak2 berumur dari 2 bulan hingga 5 tahun. Umur anak menentukan bilangan dos suntikan yang diperlukan.  Sila rujuk doktor masing2

Q- Ada tak kanak2 yang tidak boleh diberi vaksin ini?
A- Kebnykkan kanak2 boleh diberi suntikan vaksin. tetapi hanya segelintir yang tidak boleh diberi. selalunya disebabkan oleh alergi atau masalah perubatan atau dalam keadaan di mana risikonya melebihi kebaikan.

Q- Bagaimana nak kesan sekiranya anak kita mendapat reaksi terhadap vaksin?
A- Keadaan reaksi alergi jarang berlaku, biasanya reaksi ini akan berlaku dalam masa beberapa minit atau beberapa jam disuntik.  gejala alergi termasuk pernafasan berbunyi, atau sesak nafas, ruam alergi, rasa lemah, pucat, kadar nadi jantung yang cepat, pening atau bengkak tekak... sekiranya berlaku tanda2 di atas, sila rujuk kepada doktor anda..

Bawak Danial kat sini laa...


Note:  Anak saya sendiri dah terlewat mendapatkan pneumococcal... selalunya 3 bulan dah start dos pertama... tapi ni dah 8 bulan baru nak amik.  Bukan takde kesedaran, tapi ekonomi tak mengizinkan... bila dah ada rezeki tu, mmg tak tunggu lagi.. sayangi lah anak anda..:)


2 comments:

  1. Ank sy umo 10bln br menerima vaksin pneumococol tp msk ari ke2 naik bengkak dibhgian suntikkn n sekeliling suntikkn...adakah ia normal??ank xde demam...

    ReplyDelete
  2. Ank saya 8bulan dos yg ke 2. Demam 4ari 39'c 38'c. Ari ke 5 xdemam dah tapi naik merah2 seperti ruam. Kurang selera mkn. Tido xlena. Tempat cucuk bgkak sesikit.

    ReplyDelete