Followers

Monday, April 29, 2013

Catatan aktiviti Danial -18 months yo!!!

Salam,

Mengajak Danial bershopping bukan la satu idea yang bernas di kala umurnya sudah 1tahun setengah ini.  Di saat seluruh anggota badannya yang sudah mampu digerakkan tanpa bantuan menjadikan kedua ibu bapa Danial lebih aktif ketika di shopping complex. haha... penat wehhh berkejar-kejaran ngan anak. Solution yang mungkin ada ialah menggunakan stroller bagi memudahkan kami mengawal budak kecik nih. Tetapi setelah skill berlari semakin mahir, Danial tak mahu duduk saje dalam stroller n mahu explore sendiri segala yang terpandang di depan mata.  hmmm cara lain ialah, menggunakan harness!! Kaedah ini tersangat la janggal ataupun pelik dikalangan orang kita walaupun digunakan di bandar metropolitan ini. owh yee.. bagi yang masih tertanya-tanya apa itu harness, sila lihat gambar di bawah.

Saya dah cuba dah kaedah ni, hmm mcm tak berjaya je.. sbb Danial akan berlari sekuat ati dan meronta lebih kuat apabila terasa disekat.  Last2 kena dukung jugak.. haihhh...   itu takpe lagi, pandangan orang sekeliling yang memandang serong ibu bapa menggunakan harness ni kerana menyamakan anak seperti pets.. Pets??? tepuk dada tanya slera uolll.  Mungkin ada parents yang pernah guna harness ni boleh share cerita uoll jugak.

Walau apa pun, saya tak la smpai tahap menyesal bawak anak jalan2... Memang la penat sikit tapi melihat gelagat dia tu buat kita tergelak... hmm layan je la gambar2 budak baik ni...

Jalan2 kat MidValley

Teruja tgk air pancut

Kagum sangat dengan ikan2 yang besar

Papa Danial pun kagum

Aquaria KLCC

Tgk muka ikan ni...

Puas dah tgk ikan

Acara yang tak pernah tinggal bila berjalan2

"Jom ikut saya shopping"


"Hmm cantiknya baju2 ni"

"hmmm free size?"

Friday, April 12, 2013

Cerita Danial di kampung

Lama nya tak melaporkan aktiviti Danial... Kalau dah blog merajuk, tiada gunanya lagi... so sebelum terus parah, nak share gambar Danial masa balik kampung hari tu..

Taiping

"Atuk cakap, " Atuk mmg buat paip ni untuk cucu2 mandi.." haha #perli.

Sg. Petani

Sesungguhnya hubungan mereka tersangat la akrab. Tak sanggup berpisah walaupun sekejap.. (papa ngan Danial laaa... )

Friday, March 1, 2013

Kesian dia kena marah

Danial dah semakin aktif.  Bukan setakat bermain je dia aktif. Tapi kalau menyusu pun dia tak boleh duduk diam.  Baru2 ni saya mengalami bengkak susu.  Bagi mommy yang pernah kena bengkak susu ni mesti tahu kan rasanya.  Sakit... 

Danial akan lebih mudah tido kalau saya susukan dia sambil baring.  Kebiasaannya Danial akan memusing2kan badan, kejap baring kejap duduk dan mcm2 la aktiviti dia sampai la tertido sendiri.  Tapi lain pulak halnya kalau saya mengalami bengkak susu.  Bila Danial bergerak bnyak sangat, mesti sakit.  Sudahnya saya akan marah dia.. :( Tapi tak lah sampai marah teruk2.  Cuma keras sikit je. 

Pagi2 waktu nak pegi keje tu, tetiba rasa sayu sbb teringat saya marah dia malam tadi.  hmmm kesian pulak kat dia.. haihhh. Memang kena banyak sabar la kan menghadapi kerenah anak yang tengah nak membesar ni.

Tuesday, February 26, 2013

Yayyy 16-month Danial

weeee kejapnya masa berlalu dan Danial dah pun masuk 16bulan

Setiap kali nak dekat perubahan bulan ni, ada la ragam baru yang keluar dari budak kecik ni.  Tapi mujur kali ni tak teruk sangat berbanding bulan lepas.  Suhu badan  je asik naik turun tapi tak membawak ke demam. Alhamdulillah semua nya ok.  Selesema dan batuk berkahak tu ada la sikit2 tapi amik masa lama pun.  Agaknya berkat minum air buah delima kot.. Buah delima ni dipercayai boleh mengurangkan kahak malah menghilangkannya terus dengan lebih cepat berbanding ubat cair kahak tu.  Cara nya: - 
 Sumber: Google Images 

1 biji buah delima (kupas kulitnya dan keluarkan isi semua2)
Masuk dalam blender dan blend manja2 (tambah air masak sikit)
Tuang ke dalam bekas lain dan tapis segala hampas yang ada... (ini bagi mengasingkan bijinya)
haaa siap dah... Terus boleh bagi minum.  letak straw skali. huhu... 

Aktiviti budak 1 tahun 4 bulan





Best kan jadi budak kecik.  Masa saya budak2 dulu pun, suka tabur bedak atas lantai lepas tu 'berenang'.... hmm patut la perangai turun kat anak... Nasib nasib...


Friday, February 8, 2013

Night Night Balm

Balm untuk bagi baby tido...

Salam... Kalau la betul2 ada balm seumpama ini, mudah la keje ibu2 ni kan. Sebenarnya balm ni bukan lah ubat tido untuk baby tetapi aromanya mampu membangkitkan rasa nyaman dan memudahkan baby untuk tido.  

Di suatu malam ketika Danial terjaga dan tak boleh tido kerana hidung nya tersumbat akibat batuk selsema dan yang paling teruk dia terjaga sambil nangis2 sebab tak selesa.  Kalau dah anak tak boleh tido, jgn harap la mak bapak nya boleh tido jugak. Puas la kami memujuk dan cuba membuat apa yang patut bagi menenangkan Danial.  Lepas tu saya teringat "Night Night Balm" yang saya pernah beli dulu.  Saya pun sapu la kat hidung, dada dan mengosok2nya di belakang badan.  Danial terus tetido di pangkuan papa dia.  Aik?? senangnya.!! terus tido pulak tu. Kami tunggu sekejap dan lepas tu Danial tejaga balik dan menangis lagi. Saya pun sapu lagi balm tu dan Danial pun tido kembali dengan lenanya dan mama Danial tak boleh join skali sbb dah masa untuk bersiap2 ke office. Tetapi sebelum tu, siapkan dulu breakfast dan lunch Danial ke rumah Maktok (pengasuh) nnt.  

Makanya, muka Mama Danial mmg tak boleh nak senyum pagi tu. huhu. ngantuk... huarggghhhh 


Bloglovin

<a href="http://www.bloglovin.com/blog/4752661/?claim=p82e7qqz3ug">Follow my blog with Bloglovin</a>

Thursday, January 31, 2013

Kalau mama tukang potong rambut...

(Luahan hati Danial...)

Kerja sebagai tukang potong rambut ni bukan la baru bagi mama saya... Dulu2 pun dah pernah buat keje ni. Kalau tak silap, mama pernah jadi tukang potong rambut Acu. Mentang2 la acu tu kecik lagi waktu tu, so suka2 ati mama je nak buat pesen apa.  yang tragiknya sampai terpotong sikit telinga.  hisshhh... alaaa sikit je pun. tak luak pun telinga acu yang besar tu.  tu laaa sape suruh tetido time orang potong rambut. dah terkena telinga. itu pun mama cuba2 la cover line sbb acu dah start nangis. bila opah tanya, mama cakap "alaaa mengada la dia ni'... lepas abis potong rambut, opah mandikan acu n terkantoi laa luka kat telinga acu tu... opah pun jerit dalam bilik air... AYUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

Nampaknya mama masih merindukan kerjayanya dulu.  Kali ni giliran saya pulak untuk dipotong rambut.  Mama cakap " eiii rambut Danial ni dah macam helmet.. jom mama potong"  selalunya keje2 ni papa yang buat. Tapi papa macam malas je nak layan so mama pun pegi charge hair trimmer tu... Nak tahu kesudahannya???

Jeng jeng jeng....

Haaa nampak tak?

ni zoom dekat sikit... (fokus kat area takde rambut tu...)

yang ni sebelah kanan pulak...


Papa asik potpet potpet bila tengok rambut saya tobek2 macam ni... alaaa papa ni konon2 concern la tu... padahal dia pun gelak sama tadi...