Followers

Monday, October 28, 2013

Persediaan Majlis Akikah dan Birthday Party Danial - part 2

sambungan dari siri sebelumnya...

Kali ni nak cerita tentang pencarian baju untuk birthday boy.  Ok, bila cerita tentang birthday party, selain nak menempah kek, si birthday boy pun kena disiapkan jgk.   (Baju papa mama pun tak beli lagi nih... hmmm)

Selalunya la kan, kalau anak orang tu girl, mmg tak payah runsing2 dah fikir dah nak beli baju apa.  pakaikan dia skirt kembang yang beropol-ropol, renda2 yang lengkap dengan crown nya, tongkat sakti la, siap berkepak lagi... Skang lagi la senang sebab ada kedai yang khusus menjual barangan party princess. Dah macam keperluan pulak kan sbb skang orang kawin pun mesti nak guna khidmat flower girl.  So lebih kurang je konsepnya.  Tapi kalau dah anak lelaki, apa je pilihan yang ada? Selain menyewa baju superhero (ikut tema party), jeans and T-shirt la menjadi pilihan.

Berbalik kepada tema yang dipilih iaitu Thomas and Friends, kami pun pergi la ke Mid Valley untuk mencari baju buat si tecik.. ehhh tecik ke?? dah 2 tahun dah. Mula2 pegi metrojaya, tapi takde yang berkenan.  Lepas tu kami terus ke  information board tu, untuk mencari kedai yang menjual baju kanak2.. seterusnya kami pun menuju ke tempat yang dihajati. 

Bahagian kanak2 banyak kat first floor south court, so kami pun menyinggah la kedai2 kat situ.  jalan punya jalan, husband pegi masuk Mothers Care.  Saya pun cakap la, ni kedai barang baby la yang. Tapi husband terus jgk masuk. so saya follow je. ehhh ada banyak baju la. saya pun apa lagi, mula2 menyelak sana sini. (selak baju2 kat situ la). and u know what, ada t-shirt Thomas and Friends!!! yeayyyyy terasa sangat syok hingga nak beli semua.  Tapi tak laa kan. saya beli 2 pasang tshirt dan 1 rolled pants. haaa lega nya. pucuk dicita ulam mendatang. Tak payah pening2 dah. Terus menepati tema. huhu.  


Ni antara barang2 yang dah beli minggu sudah...







No comments:

Post a Comment