Salam...
Sabtu lepas, dalam orang sibuk2 pegi shopping raya, kami pergi servis keta.... hmm servis keta pun penting sbb minggu ni dah nak balik kg. Jadi sebelum memulakan perjalanan kena la pastikan kereta berada dalam keadaan baik. Plan asal, suami saya nak pergi sorang kat pusat servis tu. Oleh kerana dia tak tahu jalan (dulu dia keje kat Penang, so jalan2 kat KL Selangor ni mmg asing untuk dia) saya mengofferkan diri untuk ikut. Ingat senang ke dengan anak kecik lagi. Sib baik la waiting room service center tu selesa... so saya n Danial lepak2 kat situ. Bila masuk jam kedua, Danial mula menunjukkan reaksi kurang selesa. dia boring la tu.. budak kalau dah *dapat kaki* ni, mmg tak boleh duduk diam.
Danial start meronta untuk dilepaskan... xmo duduk atas riba je... dia nak bebas merangkak dan berjalan kat dalam waiting room tu. Tapi mana boleh biarkan sbb kotor la baju n seluar dia nanti. terpaksa la saya dukung dan bawak jalan2 kat dalam tu. kejap2 bagi makan, kejap2 menyusu, kejap2 pass kat papa dia...
Bila dia boring, sume benda dalam diapers beg dia nak main. n terjumpa la botol bedak... (Bedak baru n tak bukak sticker lagi...) Mula2 saya biarkan dia gigit2 bedak tu, lepas tu saya ambil dah bukak sticker tu n tuang bedak (sikit je) atas tangan dia... suruh dia letak kat muka...
Dipendekan cerita...
Masa Danial kat papa dia, saya ternampak Danial tengah pegang sticker tu.. saya pun cakap "yanggg nnt dia makan benda tu..." papa dia pun cakap, " takpe kena la tengok2... "
Lepas tu Danial diserah pada saya dan suami pun pegi ke tempat kereta nya dibaiki...
Tiba2 saya teringat sticker tadi... saya check tangan dia dah tak pegang benda tu... rupanya dia punya la syok dok kunyah2. Saya pun apa lagi cuba la korek mulut dia... lagi saya korek, lagi dia menelan... hah sudah... sticker tu kat anak tekak dia n Danial menunjukkan ciri2 nak termuntah.. saya pun berlari2 ke toilet. Tapi..... Danial tak muntah pun... Alamak dia dah tertelan!!!! tiba2 papa danial datang n saya dengan muka cemas bagitahu apa yang jadi...
Bila dia dah tertelan, Danial takde rasa nak muntah lagi... saya pun bagi la minum air banyak2 supaya kertas sticker tu tak sangkut... n terus kami bawak ke klinik ( risau wehhh... kang jadi benda lain pulak)
Di klinik
Doktor pun check perut, paru2 n anak tekak Danial. Doktor cakap, kalau tertelan benda, paling ok pun benda tu akan keluar bersama najis dia... n paling teruk pun kalau benda tu termsuk saluran paru2 dan boleh menyebabkan infection. tapi Danial kan baby lagi.. so saluran paru2 kecik je.. kemungkinan nak ke paru2 tu susah laa (haa mood lega sikit) tapi Doktor suruh pantau, kalau dia menunjukkan ciri2 seperti:
1. Demam
2. Muntah2
3. Sakit perut
Sila bawak ke klinik dengan segera...Doktor cakap lagi, hmm dia nampak mcm selesa dan xde apa2 berlaku, jadi saya boleh kata dia Ok... (haaa mood lega lagi...)
Hari Pertama - Ahad (setelah lebih 12 jam) Danial pun membuang kali pertama sejak kes makan sticker tu... bila check2 diapers, xde pulak bahan bukti yang dicari... (mood kecewa)
Hari Kedua - Isnin (kat rumah pengasuh)... Papa Danial beritahu makcik tentang hal tu... So bila dah petang masa saya ambil Danial, makcik tu cakap "haaa dah keluar dah pagi tadi... elok je terlipat" (mood lega sangat) haha...
Pengajarannye: Jangan percaya kat anak anda apabila dia bermain dengan benda2 kecil terutama kertas.... kerana kejap je dia akan memasukkan dalam mulut. kena la pantau selalu... :)
*dapat kaki* - dah boleh berjalan
*dapat kaki* - dah boleh berjalan
Upah sebab berkelakuan baik... :) |
No comments:
Post a Comment