Selesai sudah cuti-cuti raya Danial selama seminggu kat Taiping dan Sg.Petani. Mentang2 la raya pertama Danial, baju Melayu pun sampai 2 pasang... ish ish memang rambang mata nak pilih. Dalam sibuk beraya, aktiviti membuat makanan bayi memang tak tinggal... (mesti Danial tension tgk orang makan lemang, rendang, kuih raya...) apa nak buat, Danial kan baru 10 bulan & gigi atas pun baru nak tumbuh. so total sekarang ada 7 batang gigi... 4 atas, 3 bawah... dah keje menggigit orang pulak tak pun hisap jari... sian anak mama gatal gusi..
berbalik cerita masak memasak bubur danial, bila dah travel ni, bahan memasak bubur sangat la terhad... nak bawak balik stok mmg leceh sbb nanti cair pulak puree frozen tu. so masak je la apa yang ada... pagi raya je danial makan sup cendawan.... itu pagi raya, bila dah raya kedua, ketiga, menu semuanya lebih kurang je... bubur nasi + kentang + carrot @ kacang peas + daging @ ayam. walaupun sangat bz menjelajah rumah opah di taiping dan rumah tok di sg. petani, Danial tetap selera makan... aktiviti kejar mengejar time makan tu mmg biasa... bila dah terror merangkak ni, kejap ke sana kejap kesini... penat mama nak oiii...
Hmm banyak lagi kisah raya bersama Danial... tunggu di entry akan datang..
kopiah yang besar... |
No comments:
Post a Comment