Followers

Monday, October 21, 2013

Persediaan Majlis Akikah dan Birthday Party Danial

Update dari entry sebelum ni. Tarikh akikah dan birthday party tu dah ditetapkan iaitu 2 November 2013 bersamaan hari Sabtu. Bertempat di rumah PIL di Taman Ria Sg. Petani.  Jadi bagi yang berkesempatan, sila la ye...

Salam... Hari minggu baru ni kami pun memulakan ekspedisi mencari bahan2 untuk sambutan Birthday Danial yang ke 2.  Dengan panas teriknya hari Ahad tu, kami pegi mencari sebuah kedai yang menjual peralatan khas untuk party.  Kedai tu terletak di Pusat Bandar Melawati iaitu Party Heaven.  Rasanya kedai ni memang terkenal la bagi ibu bapa yang sering melakukan sambutan hari jadi untuk anak2 mereka.  Ini kerana kedai tersebut menyediakan pelbagai karektor cartoon yang boleh di pilih sebagai tema hari jadi.  Harga barang2? Hmm biasa2 je. ada yang mahal ada yang murah.  sbb ada item yang diimport jadi mmg mahal la... So seperti entry yang lepas, saya sudah pun memilih tema Thomas and friend.... Tapi yang tak bestnya, karektor Thomas ni tak banyak sangat kerana menurut adik yang jual tu karektor yang diorang banyak jual ni berdasarkan populariti semasa... biasa la kan. takkan nak jual benda yang jarang orang buat.  Yang banyak di jual, Angry Bird, Cars, Disney Princess, Mickey Mouse Club House, Sponge Bob, hmm apa lagi ek? Banyak la sebenarnya. Untuk karektor Thomas ni cuma ada, plastik beg (imported) mahal wehhh. topi (Made in China), Triangle Flag (ni pun Made in China) dan juga Foil Ballon (imported).  Untuk bagi general sikit, kami juga memilih warna merah biru (sempena warna Thomas n Friend) sebagai tema tambahan... so perhiasan tu tak la tertumpu pada barangan Thomas je... kopak wehh kalau nak beli semua thomas party theme kat ebay. Lagi pun membazir je... Tahun depan takkan nak tema sama kan.


Antara yang dah beli

Belon - Biru Merah
Banner  - H A P P Y B I R T H D A Y
Birthday Boy pin 
Ribbon
Topi 
dan banyak lagi... (malas nak taip la tu)

Untuk candy buffet tu, saya dah pegi borong snack kat kedai borong makanan ringan nama Fantasy Jungle.. Kedai ni satu bangunan dengan NSK Wangsa Maju. Banyak jugak la yang dibeli. Ini kerana termasuk 'bunga telur' utk tetamu2 kecil. huhu

Kalau nak tengok macam mana rupanya Party Heaven tu, boleh la ke link ni... Facebook Party Heaven

Sementara tu, kita sama2 tunggu ke entry seterusnya... Persediaan Majlis Akikah dan Birthday Party Danial siri 2...

Wajah Kesayangan Hamba




1 comment:

  1. (PEMBORONG GULA-GULA DAN MAKANAN RINGAN - BANDAR BARU AMPANG)(FANTASY JUNGLE FOOD AMPANG) TEL:03-4287 8001 BARANG-BARANG DOOR GIFT PERKAHWINAN ADA DIJUAL DISINI.

    ReplyDelete