Salam....
Aktiviti menidurkan Danial ni kadang2 mudah dan kadang2 sangat la payah. Lagi2 bila mata dia segar dan sengaja menahan mengantuk. Kalau dah mengantuk sangat tu, lepas je susu sebotol, terus selamat. Tapi kalau masih ligat, Tab la habuannya. Sambil2 tu saya akan bacakan surah2 tertentu sebagai pendinding sepanjang malam. Antara yang wajib Ayat Qursi, Al-Fatihah dan 3 Kul. Kalau Danial tak tido, saya yang akan tertido dulu.
Ada satu malam tu, saya tertido dulu sebelum Danial. Sampai la pukul 3-4 pagi macam tu, saya terjaga sebab ada bau yang kurang menyenangkan. Lorrrr rupanya dia berak. Boleh pulak tu tido dengan benda tu ada dalam seluar. Serba salah rasa. Nak gerak ke tidak ni. kang gerak, menangis tak ingat punya. kalau dibiar, hidung pulak menanggung azab. Dengan perasaan mengantuk teramat sangat, saya tetido balik. Papa Danial boleh sembur2 perfume lagi. haihhhhh
Kesan dari kes tu, bila nak tido, ada pesanan terbaru untuk Danial dari papa
"DANIAL JANGAN BERAK TAU.... "
Tengok cerita seram... Duduk belakang kusyen |
Kat rumah tok nek |
"Sedapnya jagung ni..." |
Manja sangat nih... nak tido atas riba |
Jom jalan jalan |
No comments:
Post a Comment