Followers

Monday, July 16, 2012

Alahai... anakku demam

Salam... mesti ramai yang ada pengalaman menjaga baby yang demam... kecian kan..isk isk isk... satu sebabnya baby kan tak pandai cakap.  jadi dia tak tau nak bagitau yang dia tak sedap badan. asik menangis je. Tido sekejap je lepas tu bangun terus menangis. dan ini la kali pertama Danial demam atau dengan kata lain demam yang betul2 efek kat dia.  selalunya kalau nak demam pun mcm jadi tak jadi je... masa demam campak ari tu pun, dia relax je... tumbuh gigi pun ok je.. tapi kali ni mmg tak ok. panas betul badan dia. sampai doktor cakap tekak dia ada bengkak sikit. tu yang makin susut tu badan dia sbb tak lalu makan.
Bila tengok badan dia panas je, terus saya basahkan kain n tekap2 kaki, tangan, badan n dahi dia... nak kurangkan panas tu... mmg ada kurang sikit, tapi bila lambat buat, badan dia panas balik. Dah la sejak akhir2 ni dia tak suka makan ubat.. jenuh nak paksa... kalau dulu, senang sgt nak bagi makan ubat. agaknye lidah dia dah reti beza makanan n ubat kot.  Sedap la mcm mana ubat tu (Ubat demam budak mmg sedap pun... perasa oren), tapi dia tetap tak suka.
muka budak demam...


1 comment:

  1. Kalau anak demam, boleh cuba qaseh gold junior.
    Sesuai untuk demam, semput dll..
    http://www.muslimchoices.com/?p=qaseh_gold_junior

    ReplyDelete