Baru 2 malam tido asing, mama dah rindu kat Danial... Tapi ini untuk kebaikan kita semua... Tak dapat saya bayangkan kalau Danial dah 3@4 tahun masih tido berkepit dengan mama n papa. Lagipun risiko untuk jatuh katil adalah tinggi. Jadi kami pun buat keputusan utk mengasingkan tempat tido Danial dengan membeli katil baby. Dari mula Danial lahir, saya n suami masih berkira2 sama ada nak beli katil atau tidak. sbbnya Danial breastfeeding jadi lebih mudah kalau dia tido sebelah. kalau tebangun je tengah malam, terus boleh susukan dia tanpa perlu bangun dari katil. Boleh kata tido saya tak terganggu la sbb bila dah sumbat mulut Danial tu dia terus diam n sambung tido. zzzzzz
Macam mama saya sendiri, dia selalu nasihatkan saya untuk beli katil baby. tak kisah la mahal ke murah ke, yang penting Danial tido atas katil sendiri... Tambah mama lagi, semua 4 anak mama tak tido berkepit.. semua tido atas katil sendiri dari baby lagi... Mama tak terangkan pulak secara detail kenapa kena asingkan tempat tido baby tapi salah satu sbb yang dia cakap, nnt Danial akan lebih berdikari. hmmm
Selain tu, saya ada jgk dapatkan pendapat dari orang lain, dan kebanyakkannya cakap "tak payah beli.. membazir je... nnt buat penat badan je sbb kena bangun tengah malam untuk susukan anak..." aikkk berbeza sungguh dengan pendapat mama saya.. huhu.
Ada sekali tu saya bertanya pada husband "Pelikkan tengok mat salleh ni diorang boleh asing kan baby dalam bilik lain. tapi kalau orang melayu, sebolehnya anak dok tido berkepit ngan mama dia n bapak pulak tido bawah... " Husband pun balas balik... "Diorang mmg dah terbiasa mcm tu..." Bagi saya, diorang boleh kita pun boleh. Mmg la agak kekok n letih + mengantuk... tapi saya sgt berharap niat suci murni saya ni akan berkekalan, dan sentiasa sabar menempuh dugaan dalam membesarkan anak.
Setelah berfikir panjang, kami pun berkunjung ke ikea untuk survey barang2 baby n perabot lain... niat asal nak tengok2 je dulu... tapi dah terbeli dah pun. :)
Apapun alasan saya, bukan bermakna saya mengatakan tido dgn baby ni tak bagus... buktinya seperti kat bawah ni... Kat sini saya share sikit antara kebaikan tido berkepit dengan baby anda:
Antara kebaikan tidur bersama bayi ialah :
1. Mudah untuk menyusukan bayi sebab tak payah nak bangun setiap kali
bayi menangis nak susu. Baby nangis je, boleh ngiringkan badan dan
sumbat. Habis cerita…
2. Sewaktu menyusukan bayi, anda boleh tidur sekali (bagi mereka yang menyusu badan). So jimat masa tidur anda
3. Kajian menunjukkan bayi yang tidur bersama dengan ibunya mempunyai tahap keyakinan diri yang lebih tinggi apabila dewasa nanti
4. Membantu mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan bayi
5. Kajian juga menunjukkan bayi yang tidur bersama ibunya akan tidur lebih lama
2. Sewaktu menyusukan bayi, anda boleh tidur sekali (bagi mereka yang menyusu badan). So jimat masa tidur anda
3. Kajian menunjukkan bayi yang tidur bersama dengan ibunya mempunyai tahap keyakinan diri yang lebih tinggi apabila dewasa nanti
4. Membantu mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan bayi
5. Kajian juga menunjukkan bayi yang tidur bersama ibunya akan tidur lebih lama
sumber: http://www.bengkungmoden.com/
Yang ni pulak saya petik dari kata2 pengarang buku Ibu Bapa Bijak Anak Hebat, Encik Zaid Mohamad
Antara kebaikan mengasingkan tempat tidur bayi:
Terdapat pelbagai pendapat daripada sudut psikologi mengenai anak yang
tidur bersama ibu bapa dengan anak yang dipisahkan awal. Anak yang
dipisahkan tempat tidur akan lebih berdikari dan berani kerana tidak
bergantung kepada ibu bapa pada waktu tidur.
Mereka juga akan lebih cerdik kerana banyak melakukan sesuatu dengan
sendiri seperti menjaga tempat tidur dan menyediakan diri sebelum
tidur.
Baik anak lelaki mahupun perempuan, akan timbul rasa
bertanggungjawab kerana mereka mempunyai ruangan tersendiri yang perlu
dipastikan terus selesa dan sentiasa kemas
Terdapat risiko utama yang terpaksa dihadapi
ibu bapa apabila anak secara tidak sengaja terlihat perlakuan seksual
mereka.
Sumber: Harian Metro untuk bacaan lanjut...
sumber gambar: sleepedia |
Pilihan ditangan anda... mana2 pun ada kebaikannya.
mana gmbar katil..??
ReplyDeleteNnt saya boh laa... tungguuu
Delete