Followers

Friday, June 29, 2012

Danial!!!! No no no...

Dah 8 bulan berlalu.  Kejap je rasanye.  Dari hanya tahu nangis, tido n menyusu, Danial dah pandai berdiri sendiri.  Merangkak pun makin laju.  Saat2 macam ni mmg dinantikan bagi semua mama n papa sbbnya baby dah semakin bijak, dah pandai main, silap hari bulan dah pandai cakap..  Tapi ia akan memberi extra kerja sbbnya segala lokasi yang boleh mengundang bahaya pada baby perlu di ambil perhatian. Contohnya tempat segala kabel, suis & plug.  bucu perabot yang tajam, benda2 kecil yang boleh masuk ke dalam mulut.. yang ni mmg kena betul hati2. Sebab Danial suka memasukkan benda dalam mulut dia, kalau besar takpe. Tapi yang kecik tu boleh menyebabkan dia tercekik kalau tertelan. Tak boleh lepas dia main sorang kat play mat tu. Mesti kena duduk sebelah n perhatikan dia. Kekadang tu terleka jgk tengok tv... tahu2 dia tengah mengunyah kertas... ish ish... jenuh nak korek. 
Shhhhh....

Hari2 kita mandi mcm ni boleh ke papa?

Ngeh ngeh... ( baru bangun tido )

hey... i can swim!!!

with opah.. from tepen with love

ni acu danial... (psst: single n available)

krohh krohhhhhhh...

Thursday, June 28, 2012

Penyedian Makanan Bayi ~ part 2

Hi... sebelum ni saya pernah share cara mudah nak sediakan bubur nasi untuk baby. sila rujuk entri yang lalu.  dan seperti yang dijanjikan, kat sini saya share sikit tentang penyediaan puree utk Danial.
Masa mula memperkenalkan solid food pada Danial, saya memilih carrot kerana bagi saya ia mudah, murah, sedap dan berkhasiat.  Kat bawah ni merupakan cara penyediaan carrot utk dijadikan puree bagi santapan anakanda yang terchenta... ehh ada broccoli jugak... so ada variasi warna sikit dalam makanan... oren n hijau.

1. Basuh bersih2 semua sayur tu... potong kecik2 mcm dalam gambar nih
Carrot

Broccoli



2. Stim atau rebus sayur2 tadi... Macam saya sendiri, saya lebih suka kukus je sbb nutrien akan lebih terpelihara.  Kerja2 stim ni menjadi lebih mudah dengan food processor jenama Little Bean nih... saya beli kat Fabulous Mum.  Selepas sayur siap dikukus, pindahkan ke sebelah kanan untuk diblend pulak...

Kiri: Broccoli yang sedang dikukus... Kanan: Siap sedia untuk diblend



Kukus Carrot pulak... Yang dah diblend lupa nak snap pulak :(

 3. Bila dah siap blend menjadi puree, masukkan ke dalam ice cube tray dengan menggunakan sudu... jgn terlalu penuh ye... nnt bila dah beku, dia akan mengembang sikit... (macam cupcake pulak)...  Ice cube tray ni saya beli kat Giant Hypermarket... rm3.99 je. Tapi takde tutup pulak.. so kena balut ngan plastik tu bagi mengelakkan ia tercemar kalau dibiarkan terdedah dalam freezer.

Nih yang sudah siap dibalut

Ni yang belum dibalut... (boleh ek buat ayat mcm nih :P)
4. Akhir sekali, masukkan dalam freezer utk di frozen kan ... Gambar yang dah jadi ice cube takde pulak sbb yang ni baru buat malam tadi... huhu...  lepas tu dah boleh tido dengan jayanye...  eh eh jgn lupa basuh semua peralatan yang digunakan ye... :)
ada bedak sejuk pulak kat sebelah...


Sebelum tido, sempat lagi lenyek*kan pisang untuk bekalan Danial ke rumah pengasuh...
Begini la rupanye... kalau pisang tu tak payah la blend ye... lenyek je...
Bekalan untuk Danial.. Bubur nasi + carrot + serbuk ikan bilis**, sebiji pisang dan biskut merrie. 

Nota: * lenyek @ lecek
          ** ikan bilis tu nnt saya cerita dalam entri yang akan datang ye..

Selamat bersantap... daa

Tuesday, June 26, 2012

Mama... nak suap sendiri...

Orang kata kalau nak beralih bulan*, mesti ada je pe'el** baru tetiba muncul.  Selain dah pandai membebel, setiap kali suap dia makan, mesti mengamuk2 nak pegang sudu tu sendiri.. haihh bukan tak nak bagi.. tapi yang tumpahnya lebih banyak dari yang masuk dalam mulut.  Tapi malam tadi saya bagi je dia suap sendiri.. saje nak puaskan ati dia.. lagipun hari ni genap umur dia 8 bulan... happy birthday anak mama!!! sebelum bagi dia take over, kena pastikan bubur nasi betul2 dah tinggal sikit dalam mangkuk tu. 








ini la kesudahannya... mama jgk yang kena mengelap lantai tu.. hmmm
* beralih bulan = perubahan umur. contohnya dari 7 bulan nak ke 8 bulan
** pe'el = perangai @ tabiat @ sikap...

Monday, June 25, 2012

Danial & Cloth Diapers (CD)

testing testing... hehe... Hajat di hati nak cuba berjinak2 dengan Cloth diapers ni.. tapi mcm tak berjaya je... sbb setiap kali nak salin insert tu, mesti basah lenjun punya.  mmg macam tu ke ek?? berapa jam boleh tahan setiap kali pakai? hmmm. So far danial tak pulak kena ruam, tapi takkan nak tunggu tumbuh ruam baru nak bertindak kan... apa pun masih dalam pertimbangan sama ada nak teruskan atau tidak. Mungkin sekali sekala boleh la kot nak try... mummies yang mmg dah expert ttg CD ni jgn kecik ati pulak.. bukan saya kata CD tak bagus, tapi serius saya cakap mmg kena xtra rajin la nak handle CD ni... apa pun, Danial tetap happy, guna CD ke, guna mamy poko ke... dia tetap aktif mcm biasa.. 




Note: Kualiti gambar kurang memuaskan... :( guna hp je...

Wednesday, June 20, 2012

Penyediaan Makanan Bayi ~ part 1

Hi... kat sini saya nak share sikit tentang cara penyediaan makanan untuk Danial yang baru je berumur 7 bulan lebih. 26hb June ni baru genap 8 bulan.  dah besar anak mama.. :)
Buat pengetahuan semua, saya memang memasak sendiri bubur nasi utk Danial dan bekalkan kepada pengasuh tiap2 hari.  rasa saya, semua ibu kat luar sana mmg nak masak sendiri untuk bayi mereka... ye laa air tangan ibu tu penting apatah lagi makanan pertama bayi.  masalah tiada masa, letih, n mcm2 lagi adalah perkara utama yang dibangkitkan apabila ingin menyediakan makanan bayi... kesudahannya beli je kat pasaran. berlambak jual tu.. nak perasa apa.. sume ada... 

Saya sendiri baru nak belajar dalam menguruskan anak nih... mungkin ada yang kata 'eleh.. anak baru sorang dah cakap byk or tunjuk pandai.. bagi saya tak salah kalau kita nak berkongsi apa yang kita tahu selagi benda tu tak salah... ok la bagi memudahkan ibu2 yang bekerja, sedikit masa perlu dikorbankan pada hari minggu bagi memastikan anda tidak terlalu penat pada hari2 bekerja.. Maksud kat sini, bukannye kita buat bubur nasi utk seminggu pulak... tapi mungkin ada je yang buat mcm tu... :p Macam saya sendiri, carrot, bayam, kentang, labu, ayam, daging, n ikan bilis saya akan buat stok n simpan dalam peti ais. (nnt saya cerita dalam bab lain).  Tapi bubur nasi je masak hari2.  Nampak mcm renyah (leceh) jugak kan sbb kena cuci beras, masak, nak blend lagi... ish ish... so, apa yang saya lakukan ialah buat stok beras... cara2nya

1. Basuh beras (4 pot) bersih2... 
- nak lebih 4 pot pun takpe.. tapi kang kalau bnyk sgt nnt susah nak kering pulak

2. Tus kan air 
- beli la bekas penapis yang agak rapat supaya beras tak jatuh byk sgt

3. Keringkan atas dulang... saya keringkan semalaman. 
- ada jgk yang keringkan atas api... alaa goreng kering tu... saya penah buat mcm tu, tapi smpi nak hangit beras... :P apa pun kena pastikan betul2 kering sbb kalau beras masih lembab ia takkan tahan lama n akan berkulat.
Ratakan atas dulang... or nak cepat, panaskan kuali n kacau smpi betul2 kering
  
4. Blend kan beras yang dah kering
- lebih kurang mcm tepung beras la jadinya.. suka hati nak halus or kasar2 sikit...
Blend la smpi halus... kalau baby dah besar sikit tak yah halus sgt pun takpe.

5.  Simpan dalam bekas yang tertutup n jauh dari kelembapan...
- Pernah sekali beras yang saya dah siap proses jadi berkulat... eiii sedih betul.
pastikan bekas ni betul2 kering tau..
6. Senangkan... bila nak masak, masuk je 3 or 4 sudu dalam periuk... bila jadi bubur, dah boleh terus makan n tak payah lenyek @ lecek dah... saya akan masak sekali sehari je untuk 3 kali makan... tengah hari, petang n malam...
Masukkan je 3 @ 4 sudu beras yang dah di blend tadi... bila dah jadi buburnya, baru letak carrot ke, ayam ke or apa je sebagai lauknye..


Sedapnye bubur nasi ni... :)





Monday, June 18, 2012

Danial's Wish Bucket

Danial's wish ke mama punya wish?? hehehe.. tak kisah la sape punya wish sbb yang nak keluar duit nya pun mama & papa danial jgk.. huhu.
Macam la rumah besar sgt nak beli yang ni. hehe... Tapi apa salahnye kan. 




Kalau yang ini... amboi terlebih sudah!!
Katil 4 in 1.  katil ni boleh tukar jadi single bed dan sesuai sehingga umur 4 tahun. bagusnye...
 

play tent
Kalau dapat yang ni pun ok jgk..
Senang nak suap makan nnt
Yang ini pun sesuai utk sesi suap Danial makan :)

Car Seat utk Danial yang dah semakin membesar.  Yang ada sekarang ni sudah agak 'comel' untuk Danial

Sebab danial sangat suka main air... so kolam ni sesuai sgt untuk dia... itu pun bila dia dah pandai duduk betul2..

Thursday, June 14, 2012

Bubur nasi untuk danial

Malam tadi saya tambah menu baru untuk danial.  Asyik makan carrot laa... labu la... hari2... So bagi menvariasikan menu Danial, saya cuba bagi sayur bayam... kira food testing la malam tadi.. nampaknye dia makan.  Hmm selera betul anak mama. 
Bubur nasi, bayam, ikan bilis

Ma...

Dengan rasminya semalam Danial menyebut ma...
Sumber: http://blog.nialbarker.com
 Walaupun tak jelas, tapi rasanya telinga ni tak salah dengar.  Mula2 tu pagi masa tengah bersiap nak ke office.  Danial merengek suruh angkat dia... bila tak layan, dia pun start nangis. n sebut maaa...
Kali kedua masa nak tidokan dia malam tadi. Bila dah mengantuk mula la dia meragam. n kalau lambat sikit bagi susu, makin kuat la suara dia menangis.. and again maaa... Yang time pagi tu, papa danial takde kat dalam bilik so dia tak bape percaya... tapi malam tadi punya, papa danial pun dengar... Tanpa membuang masa, papa pun terus ajar Danial sebut pa pa... pa pa... hahahaha jeles la tu...

Tuesday, June 12, 2012

Danial memang suka jumpa doktor or Danial masih tak takut pada sesiapa

Salam... apa nih.. berbelit belit tajuk entri.  Sebenarnya nak cerita tentang  jumpa doktor semalam kat HUKM @ PPUKM. hehe. Ini merupakan rawatan susulan utk Danial.  Kalau ikutkan tak payah pegi dah tapi doktor masih nak tengok perkembangan dia, so pergi jugak la.. Buat pengetahuan semua, semasa bersalin, berlaku komplikasi dan saya terpaksa dibedah dengan kadar segera.  Doktor mendapati Danial dah tak bergerak dalam perut n contraction makin kuat tapi bukaan sikit je... tak silap baru 5. Kalau tengok report, doktor tulis 'fetal distress'.. haii kesian anak mama ni., nak keluar tapi tak de jalan. Akibat lemas tu Danial ditahan di NICU selama 7 hari.  bila dah check semua2, doktor dapati, jantung danial tak bercantum sepenuhnya. Jadi perlu buat follow up selepas beberapa bulan dilahirkan.  Haa sebab tu la kami pegi HUKM untuk dapatkan pandangan doktor sini.  Bila dah jumpa doktor tu, alhamdulillah.. doktor cakap semua dah normal. (agak teliti jgk doktor nih) Prof u.. mesti la terror. huhu. Tapi dia masih nak kami datang balik bila umur danial 7 bulan... haa tu yang pegi HUKM semalam tu (11 June 2012).

Danial mcm perangai dia jgk.. bila doktor pegang2 dia, mula la dia senyum2.. pastu gelak laa. ingat doktor tu dok acan acan (bahasa utara) dia. Sangat la aktif n tak duduk diam. Doktor pun tanya.. "Dia takut pada orang tak? Saya cakap "Tak takut pun.. dia tak kisah pun sape dukung dia" hmm mungkin dia masih belum betul2 kenal orang.  Mungkin jgk... tapi kalau ikutkan, masa mula2 hantar rumah pengasuh, Danial punya la meraung sbb tak kenal... hari yang ketiga baru dia ok walaupun muka ada sikit sebek. Maknanye dia mmg dah kenal orang la kan... Haa yang ni mmg perangai dia lagi satu... suka buat muka kerek bila tengok orang. bila dah lama orang usik2 dia, baru dia senyum n bagi respons kat orang tu.

Ini antara perkembangan Danial @ 7bulan
1. Boleh melunjur kedepan
2. Boleh merangkak (tapi tak bergerak pun)
3. Duduk senget
4. Membebel
5. Bubling
6. Gigi 2 batang (bawah)
7. Boleh berdiri sambil berpaut
8. Menggenggam barang
9. Menukar tangan (Saya bagi biskut pada tangan kanan dia, tapi dia pass kan biskut tu pada tangan kiri)
10. Berjalan melangkah ke hadapan (guna walker la tapi... hehehe)
11. Ketawa mengekek (tapi ni dah lama rasanya)

Satu je lagi yang saya tunggu2.. 'bila la Danial boleh sebut Ma ma or Pa pa"

Monday, June 11, 2012

Makna Aariz Danial

Adalah menjadi kewajipan kepada ibu bapa untuk menamakan anak2 mereka dengan nama yang baik2. Sebolehnya pilihla nama2 islam atau yang mempunyai maksud yang baik.  Hmm sudah menjadi trend sekarang ni nama anak canggih2 belaka.  Jarang la kita dengar orang sekarang bagi anak dia nama mcm contoh ni, Jamal ke, Jalal ke Shamsuddin ke, Abu Bakar ke... Kalau perempuan pulak Rafeah ke Zabedah ke Jamilah ke.. or Halimah. Walaupun maksud nama2 ni baik tetapi sesuai dengan peredaran zaman, orang sekarang sangat la kreatif dalam bab bab nama ni.  kadang2 tu nama anak sampi 3 perkataan or kekadang tu lebih pun ada. kalau dulu dah kena pakai 2 ic dah. huhu. Bior la nama bapak nye Samad tapi nama anak sikit punya canggih.. Sama la dengan kitorang yang tak terkecuali dengan tempias mencari nama2 yang best. Masa awal mengandung, saya dah sibuk cari nama dah.  Senyap2 buat list. bila dah hujung2 baru la tanya suami suruh dia bagi pendapat.. saya cakap pilih la mana pun asalkan ada Danial.  ntah laa.. bagi saya nama Danial ni sedap n mmg sedap laa. hehehe. Pada awalnya nak letak Danial Aufa or paling ringkas pun Ahmad Danial. So pilih punya pilih, papa dia suka nama Aariz... Jadi la Aariz Danial.  Muhammad tu mama n abah (opah n atuk) danial suruh letak.. Menurut mama, lebih elok kalau ada Muhammad kat depan or Ahmad.  Maka dengan rasminya nama Muhammad Aariz Danial dimeterai... cewahh!!

 Muhammad - Nama Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad
 Aariz - Respectable
 Danial - Intelligent @ Nama Nabi


  7 bulan 1/2

Pembantu kecik saya...

Explore sana explore sini... haa ini la keje si kecik ni sekarang.  Memang padan la dengan favorite's cartoon dia Dora the Explorer.  Dengan menggunakan walker yang uncle emy and auntie akmar hadiahkan, dia bebas pegi mana2 dia suka.  Masa awal2 tu, asyik mengundur je.  Sekarang ni dia dah pandai melangkah kedepan.. so makin laju la dia buat keje.
"Ngeh ngeh ngeh... terbalik sudah"

"Ooo hidup lagi rupanya"

"Mama, Danial basuh baju ye"

"Lepas tu cuci bilik air pulak"

"Alamak, mcm mana nak lipat nih"

"Mungkin boleh sorok kat sini"

"Banyaknye baju papa ni"

"Opsss!!!"

"Run... run for your life"
 Sekian...