Sempena Birthday Danial hari ni (26 October) saya bawa dia jalan2. Takde kek, takde nyanyi2 Happy Birthday dan takde ramai2 orang. Hanya kami bertiga. Ini kerana, bagi yang pernah baca entry sebelum ni, saya bercadang nak buat Birthday Party dia masa kenduri akikah tu. Jadi kira save untuk hari tu (2Nov)
Hari tu kami ke Mid Valley untuk berjalan2 dan cuci2 mata. Tiba2 dapat idea untuk bawak Danial ke Megakidz yang mana selama ni kami hanya tengok dari luar je. Dah memang hari tu tak de benda penting sangat pun selain
mencari baju untuk si birthday boy.
Ni la tempatnya... kalau nak tahu kat mana, dia kat tingkat atas sekali.. dengan dengan Pet Shop tu. Overall dalam tu memang best cuma kalau anak anda kecik lagi, agak rugi la sikit sebab dia bukan boleh main semua dalam tu...
|
Sangat mengujakan... untuk budak yang besar ok la kan... |
|
Ingat kecik je.. besar benda ni.. puas la diorang memanjat. |
Oleh kerana anak saya tu tecik lagi, dia hanya berlari2 keriangan (haha) kat tempat khas untuk umur dia tu... selain berebut2, (sebab terhad sikit) parents boleh duduk sama2 dalam tu. Boleh la rehat sat dan tak risau anak tu nak berlari sana sini.
|
Untuk si kecik |
Dan selain tu boleh melompat2 kat air bouncer ni... suka sangat...
|
Air Bouncer |
Bila dah gambar2 ni bercerita, mesti nak tahu kan rate dia. Bila fikir2 balik mmg agak rugi la kami pegi hari tu sebabnya umur Danial dah genap 2 tahun jadi harga nya dah jadi mahal... aisey... satu hari pun mau kira ka... Apa nak buat, bila anak dah semakin membesar ni, kita kena la ready perbelanjaan nya jgk.. Mesti la tak sama masa dia baby (ehhh baby pun banyak belanja kan...hmmm). Untuk mak bapak masuk free tapi kena pakai stokin. oleh kerana saya je xde stokin, kena la beli kat situ.. rm6... wahh nak meniaga stokin laa. ;)
|
Their rate |
|
Tag |
Having fun time... yeahhh
|
Main sorang2.. |
|
Melompat kat Air Bouncer |
|
with papa |
|
Tunggu turn |
|
Muka Happy je |
|
Kena pesan banyak kali guna tangga untuk slide.. |
|
Biarkan dia berlari sana sini |
|
(Bestnya kalau ada benda ni kat rumah) |
|
Masak apa tu? |
End.... Happy Birthday Danial...