Followers

Friday, September 28, 2012

Danial dolu dolu

Baru jap tadi check folder dulu2 kat pc ni... Susun2 gambar Danial ikut bulan... hmm jauh beza masa dia baby dulu.. dengan muka bulatnye.... Tapi riak muka mmg tak berubah... Meh kita tengok sama-sama














Wednesday, September 26, 2012

11 bulan sudah budak tecik mama nih...

26hb... setiap kali 26hb maka bertambah la umur Danial... semakin bertambah umur semakin banyak pulak akal budak ni... Pandai mengusik, nangis pura2 sbb nak tarik perhatian, nangis jerit2 sbb nak ikut pegi keje (setiap pagi buat muka bila hantar kat umah maktok dia), haa dah berjaya panjat sofa, hmm katil je belum sbb tinggi sikit. dah pandai babab* bila marah... dan dah boleh berjalan 2, 3 tapak.  kalau bertapak tapak tu danial kena tolak kerusi or kereta dia... (satu rumah dia berjalan).

*pukul

Mungkin apa yang saya alami ni juga dialami oleh parents yang lain... pernah tak korang rasa mcm tak puas menatap wajah baby anak korang... rasa sayu pulak bila tengok gambar lama2... walaupun tak sabar nak tunggu dia besar, tak sabar nak tengok dia masuk sekolah, tapi dalam masa yang sama hati macam tak rela kalau anak kita dah berubah jadi kanak2 yang lebih berusia... hmm ntahlaa.. ngada2 pulak saya ni.. apapun bersyukur sangat kerana membesarkan sendiri Danial dan alhamdulillah sangat sebab dia tak banyak ragam... sikit2 tu normal laa.. tapi takde lagi hal2 yang major...

Sempena Danial nak menginjak ke 1 tahun bulan depan ni, mama doakan semoga Danial menjadi anak yang soleh, menjadi anak yang menyenangkan hati ibu bapa dan orang lain, dimurahkan rezeki, dilimpahi rahmat dan segala yang baik2... Amin... (sayang mama ngan papa tau... muahmuah -cipika cipiki)


Friday, September 21, 2012

Do's and Don't s dalam penyediaan makanan bayi

Do' s

  • Guna ice cube trays untuk membekukan puree.  Saiz hidangan bagi setiap cube adalah lebih kurang 1 ounce.  Apabila sudah beku, keluarkan dari tray dan simpan dalam bekas yang tertutup.  Ia boleh digunakan lebih kurang 2 bulan.
  • Buang baki makanan yang tidak dihabiskan oleh bayi anda kerana baktiera sudah @ mudah terhasil
  • Menu baru mesti diperkenalkan dalam tempoh seminggu atau sekurang2nya 4 hari bagi mengesan sekirannya bayi anda alah pada makanan tersebut.   
  •  Pastikan bayi anda diberi makanan jenis sayur2an dan buah2an terlebih dahulu  baru lah daging diperkenalkan.
  •  Memilih untuk mengukus (steam) bagi sayur2an dan buah2an untuk mengekalkan vitamin dan minerals sebanyak yang mungkin daripada merebus 

  • Gunakan air yg terhasil dari mengukus, breastmilk @ formula, susu lembu, yogurt, stok ataupun apple juice untuk mencairkan kuah / makanan:
  • Gunakan wheat germ, whole-grain cereal, cheese, telur kuning, yogurt atau mashed potato ntuk memekatkan kuah

Don't s

  • Elakkan memberi berikut kepada bayi di bawah 2 tahun
1) kacang - berpotensi untuk tercekik atau alahan
2) popcorn - manis dan boleh tercekik
3) sayur mentah -makanan mentah tidak sesuai untuk baby
4) buah yang tidak dikupas- lilin yang menyelaputi buah boleh memberi kesan kesihatan pada bayi
5) peanut butter- alahan
         

  • Biskut bukan penyelamat untuk snack di waktu petang or pagi. (biskut yang manis2 tu).  Buat sendiri fingers food... senang je.. sila google resepi
  • Sayur2an yang dijual dalam tin (segera) mengandungi banyak sodium dan perasa tambahan.  Ia tidak sesuai untuk baby.  Kalau frozen vegetable ok kerana tiada or mungkin sedikit sodium.

  • Macam EBM jgk, jgn guna microwave untuk mencairkan puree.  Biarkan ia cair dan rendam dalam air panas atau gunakan warmer. Rasa dahulu dengan sudu iaitu meletakkan sedikit pada bibir bagi memastikan ia tidak terlalu panas untuk disuap pada baby.
  • Gunakan botol untuk menyuap baby pada waktu malam? Ia adalah bahaya, tidak elok untuk gigi dan tidak melatih cara pemakanan yang betul.
  • Orange, Tangerines dan Pineapples adalah tidak sesuai untuk bayi dibawah 1 tahun kerana ia adalah buah yang berasid tinggi.  Ini boleh memberi kesan kepada sistem penghadaman baby yang belum matang tu.
  • Telur putih adalah tidak boleh untuk bayi bawah 1 tahun kerana berpotensi mendapat alahan.  Kalau telur kuning yang dimasak sempurna adalah dibolehkan.
  • Baby tidak suka dipaksa2 untuk makan.  Untuk memulakan solid foods, mulakan dengan 1 @ 2 sudu sehingga baby anda boleh menerima perkara baru tersebut.
  • Lemak tak perlu disekat2.  Untuk 2 tahun pertama, bayi memerlukan lemak untuk pembesarannya. Mak bapak baby pulak... hmm tolong la jauhi makanan berlemak...  

 Itu la serba sedikit panduan dalam penyediaan makanan bayi. Mana2 yang boleh tu, ikut laa.. bukan untuk orang lain tapi untuk anak sendiri.  Saya pun masih belajar.  Jadi rajin2 cari maklumat ye...

Friday, September 14, 2012

Tidurmu mendamai hati...

Danial bila dah perut kenyang, puas main, puas uk uk, selalunya senang nak tido... Bagi susu depan tv pun dia akan terlena... Tapi kalau tak cukup kenyang, dia susah nak tido.  Sambil menyusu boleh intai2 papa dia nak ajak main.  Sejak dah baik demam ni selera dia semakin menjadi-jadi... Kalau nak bekalkan makanan kat rumah pengasuh, mesti kena bagi extra lepas tu buah dan biskut pun dibekalkan sebagai snack.  Kalau dulu saya bekalkan biskut marrie, tapi kali ni saya buat sendiri teething biscuit dia.. Roti gardenia tu saya potong 4 memanjang (senang nak pegang) n bakar dalam oven smpi keras... haa dah jadi baby rusk yang paling mudah tanpa perasa tambahan.  (Opah danial pun suka.. dia cakap sedap cicah ngan air kopi o)

lampu ala2 romantik membantu danial tido lebih lama...  kalau dapat 4 jam tu, mama dah lega dah..

Tuesday, September 11, 2012

Berat badan maintain je...

Wah wah... kalau entri ni kat blog saya, mahu kembang kempis idung ni sambil menaip... tapi ni tentang anak saya yang baru 10 bulan lebih tu.

Pertama kali berat badan dia tak berubah banyak sejak dari demam + muntah + cirit birit yang di alami baru baru ni... Tapi masih ditahap normal dan bukan jatuh mendadak... Doktor hanya bagi advise supaya memberikan menu yang lengkap sesuai dengan usia dia..

Review balik masa saya tengok dia  tersadai letih sbb tak sihat, betul2 buat saya sedih sebab Danial tak pernah mcm tu... Bila dia sihat je, n kembali cergas mcm biasa, saya betul2 bersyukur n tak merungut lagi.  (kebiasaannya saya akan sedikit merungut bila Danial tak reti duduk diam) teruk kan!! Saya biarkan dia bermain, asal tak membahayakan dirinya...

Sabtu 7 Sept, kami ke KPJ Kajang untuk suntikan pneumococcal dose ke-2 dan seperti biasa Danial akan menjerit ketika dicucuk.  Lepas tu dia akan sambung bermain mcm semua toys dalam bilik doktor tu dia yang punya... hahahha harta ini ahmad danial yang punya... hahahha... oh ye.. dah macam rezeki kami pulak hari tu kerana kebetulan KPJ Kajang ada buat open house raya... so, apa lagi mari laa menjamu selera... Suami dah aim kambing panggang kat luar tu tapi punya la ramai yang beratur, n tak de rezeki kami... hmmm takpe laa kan ada makanan lain lagi...

Sebelah petang pulak, kami menyambung aktiviti kekeluargaan dengan acara berkunjung ke open house yang lain pulak.. :p... Syukur Alhamdulillah... rezeki syawal ni mmg tak boleh di sangkal.. terima kasih Ya Allah...

first time wearing baju Melayu with sampin

takkan duduk diam

sume benda nak masuk mulut

manja2 with abah.. yang baju biru tu ayah lang (abang abah)

Tuesday, September 4, 2012

Beraya ke rumah pengasuh

Tanggal 31 bulan lapan ari tu, cewahhh nyanyi pulak dah.... ok ok... 31hb ari pengasuh Danial ada buat makan2 sempena sambutan hari raya... Kebetulan mama and abah pun ada kat sini, so saya pun bawak jugak laa untuk kenalkan pada mak pengasuh Danial.  Kami sampai rumah makcik tu dalam pukul 3 n perut pun tengah lapar... (sbb tak makan tengah hari lagi...hehehe) 

Sampai2 je terus kenal2 kan n kebetulan kami je yang ada sbb satu group baru balik, so apa lagi terus seranggggggg (ish ish... ni agak menipu laaa. kena la bersopan santun sikit).  Mak pengasuh Danial masak mee jawa, nasi impit dan rendang ayam... Memang sedap... hmmm Danial pulak makan apa ek?? Tentu laa homemade food yang saya tunggang tonggeng memasak kat rumah tadi...  Tapi kebetulan Danial dah makan sebelum datang, so saya tak keluarkan bekal dia dari kereta... Hari tu saya masak bubur nasi dengan sup ayam + sayur bayam.. yam yam...

Memang selalu mcm tu la saya buat setiap kali bawak anak kemana2 saya mesti sediakan makanan dia dulu... haa lupa nak cerita kalau dulu saya hanya letak dalam bekas makanan yang biasa dan kesudahannya makanannya sejuk + dah bau basi n Danial macam tak selera... (saya sendiri pun tak lalu nak makan nasi n lauk sejuk).  Kebetulan masa shopping baju raya bulan puasa dulu, kat KLCC ada buat baby expo.  Saya ada membeli bekas makanan yang kedap udara jenama Thermos... mmg sangat bagus sbb sampai ke malam nasi dia panas mcm baru masak... lupa pulak nak amik gambar nak share sini... bekasnye ada 4 tingkat. bawah sekali lebih lama panasnya bertahan.. dan atas sekali sesuai kalau diletak buah or fingers food seperti biskut (roti bakar kosong- ceritanya saya akan share kemudian... )Ni boleh dijadikan tips untuk membawa makanan bayi especially pegi berjalan2 dalam tempoh yang lama... or pergi menziarah ke rumah sedara mara..

Berbalik pada cerita beraya di rumah pengasuh, bila kami dah start makan, satu2 keluarga anak2 asuhan makcik tu datang... hmm lebih kurang 3 keluarga... so kami pun makan cepat2 sbb lepas tu nak pegi selayang pulak.... ada open house menanti di sana... huhu... 

sangat manja dengan atok pengasuh

Sempat menjeling kakak mira makan kuih raya (open house selayang)

Avocado dan Danial

Buah avocado ni mmg ramai yang sedia maklum mempunyai khasiat yang tersendiri.  Terus terang saya tak berapa suka dengan rasa buah ni yang lemak masam2 kelat nih... tapi kalau buat jus alpukat (yang famous kat Indonesian Restaurant) tersangatla sedap pulak.. mungkin dia dah campur coklat kot...

Kat sini saya nak share hasil usaha saya menggoogle khasiat avocado...

1. Avocado adalah rendah kandungan gula dan tiada garam malah kaya dengan vitamin iaitu C, E dan K
2. Mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelak daripada penyakit radang sendi dan kandungan asid foliknya dapat elak serangan jantung dan kanser
3. Makan sehari sebiji avocado selama sebulan dapat mengurangkan berat badan dan merendahkan kolestrol
4. Memperlahankan proses penuaan dan juga kanser kerana kaya dengan vitamin E
5. Mengandungi sumber lutein yang tinggi untuk mengawal katarak sebagai langkah awal daripada menjadi buta
6.Sesuai untuk makanan bayi kerana kandungan lemak tidak tepu membantu proses perkembangannya

Terdapat 2 jenis iaitu
 Hass - berbentuk lonjong dengan kulit yang menggerutu berwarna hijau
          - bertukar menjadi gelap dan ungu setelah masak
Shepard - berbentuk lonjong macam pir yang berwarna hijau tetapi berkulit licin
              - isinya lebih lembut dan lemak
(sumber: http://www.utusan.com.my)
Masa mula2 perkenalkan buah ni pada Danial, saya ingat dia tak suka, rupanye dia SUKAAAAA... selalunya saya akan buat puree sebagai snack di rumah pengasuh.  Sekali buat 2 biji, simpan dalam peti ais utk di freeze kan...






Buah2 lain yang menjadi favorite Danial - Honey Dew, Anggur, Epal Merah, Pisang, Pear dan Mangga (kalau masam sgt dia reject)