Followers

Friday, November 22, 2013

Dedikasi untuk anak mama Aariz Danial


Hi Sayang Mama...

Pagi ni mama nak nyanyi lagu ni untuk Danial.

Lagu ni mama ada pasang masa Danial baby lagi... Macam best pulak...
 

Dari OST Adik Manja... 
Semakin dipandang wajahmu sungguh ayu
Tergambar mendalam rasa kasih padamu
Sejuta sayang manjaku sedetik rindu
Kasih sayang terjalin setiap waktu
Kasih bukan sekalung intan
Budi bukan segunung emas
Tanpa nilai kasih diberi
Mesti lahir sendiri
Terbayang senyummu sayang penawar hati
Sesejuk air sejernih embun pagi
Terhibur la sayang di dalam pelukan mesra
Tenang segera hatimu dari digoda
Kasih bukan sekalung intan
Budi bukan segunung emas
Tanpa nilai kasih diberi
Mesti lahir sendiri
 

Friday, November 8, 2013

26 October di Megakidz Funland & Edutainment

Sempena Birthday Danial hari ni (26 October) saya bawa dia jalan2. Takde kek, takde nyanyi2 Happy Birthday dan takde ramai2 orang.  Hanya kami bertiga.  Ini kerana, bagi yang pernah baca entry sebelum ni, saya bercadang nak buat Birthday Party dia masa kenduri akikah tu.  Jadi kira save untuk hari tu (2Nov)

Hari tu kami ke Mid Valley untuk berjalan2 dan cuci2 mata.  Tiba2 dapat idea untuk bawak Danial ke Megakidz yang mana selama ni kami hanya tengok dari luar je.  Dah memang hari tu tak de benda penting sangat pun selain mencari baju untuk si birthday boy.


Entrance
Ni la tempatnya... kalau nak tahu kat mana, dia kat tingkat atas sekali.. dengan dengan Pet Shop tu. Overall dalam tu memang best cuma kalau anak anda kecik lagi, agak rugi la sikit sebab dia bukan boleh main semua dalam tu...

Sangat mengujakan... untuk budak yang besar ok la kan...

Ingat kecik je.. besar benda ni.. puas la diorang memanjat.
Oleh kerana anak saya tu tecik lagi, dia hanya berlari2 keriangan (haha) kat tempat khas untuk umur dia tu... selain berebut2, (sebab terhad sikit) parents boleh duduk sama2 dalam tu. Boleh la rehat sat dan tak risau anak tu nak berlari sana sini.

Untuk si kecik
Dan selain tu boleh melompat2 kat air bouncer ni... suka sangat...


Air Bouncer
Bila dah gambar2 ni bercerita, mesti nak tahu kan rate dia. Bila fikir2 balik mmg agak rugi la kami pegi hari tu sebabnya umur Danial dah genap 2 tahun jadi harga nya dah jadi mahal... aisey... satu hari pun mau kira ka... Apa nak buat, bila anak dah semakin membesar ni, kita kena la ready perbelanjaan nya jgk.. Mesti la tak sama masa dia baby (ehhh baby pun banyak belanja kan...hmmm).  Untuk mak bapak masuk free tapi kena pakai stokin. oleh kerana saya je xde stokin, kena la beli kat situ.. rm6... wahh nak meniaga stokin laa. ;)

Their rate

Tag

Having fun time... yeahhh

Main sorang2..

Melompat kat Air Bouncer

with papa

Tunggu turn

Muka Happy je

Kena pesan banyak kali guna tangga untuk slide..

Biarkan dia berlari sana sini

(Bestnya kalau ada benda ni kat rumah)

Masak apa tu?
End.... Happy Birthday Danial...

Ini lah hari nya... Majlis Akikah dan Birthday Party Danial

oh yaa.. cerita yang panjang saya dah letak kat SINI dan SINI .. jadi kat sini kita layan gambar la ye... biar gambar yang bercerita...

Goodie beg yang disedia khas utk kanak2...

Saya order biru tapi terselit pink..hmm alahaiii

Gerabak biru membawa coki-coki

Gerabak hijau membawa koko jelly

Gerabak merah membawa Rokka

Colorful candy

Coki coki lagi...

Watermelon?

Ramai yang menanti kek dipotong... haha.. tok dah selinsing lengan..

Haippp jgn usikk

2 kek uollss

Birthday boy yang mengantuk + letih

Thursday, October 31, 2013

Persediaan Majlis Akikah dan Birthday Party Danial - part 3

Yeahh ini masih kesinambungan kisah persediaan... Majlis nya 2 November ni. Dah tak lama pun dan malam ni dah nak balik kg. 

Kali ni saya nak cerita sikit tentang goodie bag khas untuk kanak2 yang datang kenduri akikah dan birthday Danial tu. 

Paper Bag and Doily Paper
Paper bag ni untuk mengisi segala jenis candy atau coklat untuk kanak2.  Hanya simple deco dilakukan iaitu menggunakan doily paper yang color itu.  takde sticker atau printed image. Nnt dah siap, saya buat entry lagi...

Untuk game atau aktiviti yang kami anjurkan, kanak2 yang sudi atau berani (tak malu2) menyertainya akan diberi goodie bag yang lebih exclusive. iaitu seperti di bawah

Thomas and Friends party pack
Oleh kerana ia exclusive sikit, ada extra hadiah dalam tu iaitu 1 set stationery Thomas and Friends. haaa best tak? best tak? harap budak2 suka la ye.

Thomas and Friends stationery set

Pencil case yang menarik...

Set yang lengkap berserta note book. :)

Oh yaaa.. saya ada tempah lolichoc with printed image... siap letak gambar anak lagi.. cantik dan kemas orang tu buat. next time boleh tempah lagi... huhu. tapi terlupa nak amik gambar pulak... Bagi yang tercari2 lolichoc yang best dengan harga yang tak melambung tinggi, sila la ke My Sweet Homemade

Sehingga ke entry seterusnya... tungguu...

Monday, October 28, 2013

Persediaan Majlis Akikah dan Birthday Party Danial - part 2

sambungan dari siri sebelumnya...

Kali ni nak cerita tentang pencarian baju untuk birthday boy.  Ok, bila cerita tentang birthday party, selain nak menempah kek, si birthday boy pun kena disiapkan jgk.   (Baju papa mama pun tak beli lagi nih... hmmm)

Selalunya la kan, kalau anak orang tu girl, mmg tak payah runsing2 dah fikir dah nak beli baju apa.  pakaikan dia skirt kembang yang beropol-ropol, renda2 yang lengkap dengan crown nya, tongkat sakti la, siap berkepak lagi... Skang lagi la senang sebab ada kedai yang khusus menjual barangan party princess. Dah macam keperluan pulak kan sbb skang orang kawin pun mesti nak guna khidmat flower girl.  So lebih kurang je konsepnya.  Tapi kalau dah anak lelaki, apa je pilihan yang ada? Selain menyewa baju superhero (ikut tema party), jeans and T-shirt la menjadi pilihan.

Berbalik kepada tema yang dipilih iaitu Thomas and Friends, kami pun pergi la ke Mid Valley untuk mencari baju buat si tecik.. ehhh tecik ke?? dah 2 tahun dah. Mula2 pegi metrojaya, tapi takde yang berkenan.  Lepas tu kami terus ke  information board tu, untuk mencari kedai yang menjual baju kanak2.. seterusnya kami pun menuju ke tempat yang dihajati. 

Bahagian kanak2 banyak kat first floor south court, so kami pun menyinggah la kedai2 kat situ.  jalan punya jalan, husband pegi masuk Mothers Care.  Saya pun cakap la, ni kedai barang baby la yang. Tapi husband terus jgk masuk. so saya follow je. ehhh ada banyak baju la. saya pun apa lagi, mula2 menyelak sana sini. (selak baju2 kat situ la). and u know what, ada t-shirt Thomas and Friends!!! yeayyyyy terasa sangat syok hingga nak beli semua.  Tapi tak laa kan. saya beli 2 pasang tshirt dan 1 rolled pants. haaa lega nya. pucuk dicita ulam mendatang. Tak payah pening2 dah. Terus menepati tema. huhu.  


Ni antara barang2 yang dah beli minggu sudah...







Monday, October 21, 2013

Persediaan Majlis Akikah dan Birthday Party Danial

Update dari entry sebelum ni. Tarikh akikah dan birthday party tu dah ditetapkan iaitu 2 November 2013 bersamaan hari Sabtu. Bertempat di rumah PIL di Taman Ria Sg. Petani.  Jadi bagi yang berkesempatan, sila la ye...

Salam... Hari minggu baru ni kami pun memulakan ekspedisi mencari bahan2 untuk sambutan Birthday Danial yang ke 2.  Dengan panas teriknya hari Ahad tu, kami pegi mencari sebuah kedai yang menjual peralatan khas untuk party.  Kedai tu terletak di Pusat Bandar Melawati iaitu Party Heaven.  Rasanya kedai ni memang terkenal la bagi ibu bapa yang sering melakukan sambutan hari jadi untuk anak2 mereka.  Ini kerana kedai tersebut menyediakan pelbagai karektor cartoon yang boleh di pilih sebagai tema hari jadi.  Harga barang2? Hmm biasa2 je. ada yang mahal ada yang murah.  sbb ada item yang diimport jadi mmg mahal la... So seperti entry yang lepas, saya sudah pun memilih tema Thomas and friend.... Tapi yang tak bestnya, karektor Thomas ni tak banyak sangat kerana menurut adik yang jual tu karektor yang diorang banyak jual ni berdasarkan populariti semasa... biasa la kan. takkan nak jual benda yang jarang orang buat.  Yang banyak di jual, Angry Bird, Cars, Disney Princess, Mickey Mouse Club House, Sponge Bob, hmm apa lagi ek? Banyak la sebenarnya. Untuk karektor Thomas ni cuma ada, plastik beg (imported) mahal wehhh. topi (Made in China), Triangle Flag (ni pun Made in China) dan juga Foil Ballon (imported).  Untuk bagi general sikit, kami juga memilih warna merah biru (sempena warna Thomas n Friend) sebagai tema tambahan... so perhiasan tu tak la tertumpu pada barangan Thomas je... kopak wehh kalau nak beli semua thomas party theme kat ebay. Lagi pun membazir je... Tahun depan takkan nak tema sama kan.


Antara yang dah beli

Belon - Biru Merah
Banner  - H A P P Y B I R T H D A Y
Birthday Boy pin 
Ribbon
Topi 
dan banyak lagi... (malas nak taip la tu)

Untuk candy buffet tu, saya dah pegi borong snack kat kedai borong makanan ringan nama Fantasy Jungle.. Kedai ni satu bangunan dengan NSK Wangsa Maju. Banyak jugak la yang dibeli. Ini kerana termasuk 'bunga telur' utk tetamu2 kecil. huhu

Kalau nak tengok macam mana rupanya Party Heaven tu, boleh la ke link ni... Facebook Party Heaven

Sementara tu, kita sama2 tunggu ke entry seterusnya... Persediaan Majlis Akikah dan Birthday Party Danial siri 2...

Wajah Kesayangan Hamba




Tuesday, October 1, 2013

26th October is coming!!!

Tarikh itu datang lagi. Sudah 2 tahun pun peristiwa itu berlalu.  Walaupun keperitan itu masih dirasai, namun kemanisan mengatasi segalanya.  yeahh itu la tarikh Muhammad Aariz Danial dilahirkan. muahmuah dah besar baby mama ni. 

Plan nak celebrate birthday Danial tu mmg ada tapi masih mencari2 tarikh dan lokasi yang sesuai.  ini kerana seminggu selepas minggu 26hb tu kami akan berada di kampung kerana kenduri akikah Danial dan sepupu2nya ada diadakan di Sg Petani. Jadi takkan lah nak buat 2 event dalam masa yang terdekat mcm tu... Alang2 nak balik kg, ingat nak buat kat sana je. hmmm tgh hari kenduri, birthday party petang.. ok kot mcm ni.

Saya dah terbayang2 dah tema hari jadi yang sesuai untuk budak tecik Danial ni.  Mula2 nak buat tema color je... tapi rasa mcm biasa sgt. so saya pilih Thomas & Friend Party Theme atau Party Train. haa baru la dia seronok tgk kartun yang dia minat ada kata mana2.  Puas jugak nak cari idea dan kat sini antara gambar2 contoh yang saya pinjam di Google... let checkitout






**** Kredit: Google

Note: nnt update towards his birthday party train... tunggguuuu

Thursday, September 5, 2013

Biarkan Danial menconteng...

.... bukan menconteng arang yea.

Aktiviti menconteng memang sangat2 disukai oleh kanak2.  Sebagai ibu bapa, mesti akan rasa berbelah bagi nak sediakan segala pencil color dan kertas utk anak2 menconteng.  bukan apa, bila dah boring mewarna atau lebih tepat menconteng, diorang mula test power kat dinding, lantai dan termasuk la tubuh badan mereka sendiri.  Ini yang buat kita nak sorok segala pen atau pencil yang ada. 

Walaubagaimanapun, aktiviti yang menyeronokkan ini tidak lagi menyusahkan hati ibu bapa. Nak tahu kenapa?? sebab adanya benda ni...............


Crayola Washable Crayons
 Yang bestnya crayon ni ialah ia boleh dicuci dengan mudah menggunakan kain basah.  tak perlu sental, hanya lap sahaja. Jadi kalau anak anda ada menunjukkan karyanya di dinding atau dilantai, tak perlu la berkerja keras sgt... lap je dengan kain basah. Oh ya, crayon ni juga non-toxic dan sesuai la untuk kanak2 yang suka explore lebih sangat. :)







Nota: Kat mana nak beli? ada dijual di kedai2 buku terpilih dan juga Toy R us... sila la ye...