Followers

Tuesday, January 8, 2013

Danial dah lulus ujian udang

Yeayyy lulus sudah ujian udang... (cehhh macam lulus apa ntah) 

Masa mula2 nak kenalkan udang tu, risau jugak.  Macam saya sendiri hanya mild alergic kat seafood ni, tapi saya berani2 kan diri untuk tambah menu udang dalam makanan Danial.  Alhamdulillah takde apa2 reaksi lepas 4 days rules tu. Ceritanya kat Taiping hari tu laa... kat rumah hanya ada udang je. jadi terpaksa la saya try jgk. Menu pertama Danial with udang ialah butter prawn. Lepas tu saya buat sup sayur.  makan pulak dengan nasi putih.  Danial seperti biasa tak menolak.. dia makan je... oleh kerana saya masak terlebih udang tu, malamnya saya buat nasi goreng udang.. nasi pun saya goreng dengan butter (unsalted). Hmm memang berselera la Danial makan. Tapi tak pulak saya amik gambar.. haihhh

udang besar putih (sumber)
Selain tu, Danial dah boleh makan sendiri.. Tapi kena pantau jgk.  Cara nya letak sikit2 dalam pinggan dia. Kalau letak banyak, dia buat main je. Kalau sikit, pandai pulak dia masuk mulut. hari minggu baru ni saya masak spaghetti bolognese untuk Danial.  tapi saya guna pasta for kids ada bentuk2 animal. rasa dia lemak2 sikit dan Danial boleh makan macam tu je without kuah... untuk bolognese nya saya guna buah tomato yang dibuang biji, masak dengan unsalted butter dan bawang putih yang dah siap blend. tumis bawang dengan butter, lepas tu masuk daging lembu yang dah dicincang. kacau sekejap pastu masuk air. kacau sampai masak daging tu, masukkan carrot yang dah potong kecik2 kacau lagi lepas tu masukkan puri tomato yang dah siap tu... kacau smpi masak n tabur cheese sikit sesedap rasa.  tadaaaa siap dah bolognese nye. Hasilnya makan memang tak berhenti laa... 

Sedap... (danial cakap)

No comments:

Post a Comment