Followers

Wednesday, December 26, 2012

14 bulan ragam dan kerenah

Hari ni genap umur Danial 14 bulan.  Walaupun dah tak berapa baby lagi, saya masih senang panggil dia 'baby mama'... (Danial pun perasan dia baby lagi) dan kalau tengah menyusu tu, penuh dia atas riba saya. Kalau dah boring, mula mcm2 aksi yang dia buat.. menyusu sambil meniarap, sambil duduk, sambil berdiri pun boleh... ala2 touch and go... huhu.

Lasak tu tak payah cerita laaa... Ada je aktiviti dia nak buat. dan untuk menarik perhatian orang, mula la dia dancing2 gitu.. lari sana lari sini...lepas tu seronok sendiri.. adoiii... danial danial.. kalau bab makan pulak, haa ini ikut mood dia. ada masanya tak pernah menolak makanan. ada masanya dia xmo makan langsung tapi kuat menyusu. paling seronok tgk dia makan sendiri.. masuk mulut sikit, buang kat bawah sikit, letak kat badan sikit, haihhhh... tapi takpe, mmg stage ni diorang suka explore makanan tu.. so kalau ada yang masuk mulut, kira ok laa kan. Owhh skang dah pandai urut... kalau saya duduk kat bawah, dia akan datang kat belakang saya dan mula la buat tumbuk2an manja tu lepas tu peluk lepas tu gigit.. haihhh (garu kepala laju2)

Hmm yang paling ketara sekarang, Danial tak suka berkongsi barang especially mainan dia. kalau cousin dia datang rumah, cepat2 dia bolot mainan semua.  tapi kalau dia pegi rumah orang tu pulak, abis semua mainan orang tu jadi dia punya.  Mungkin kecik lagi kot n tak reti main sama2.

Danial anak papa?? haaa ni mmg sangat ketara.  sampai papa dia tak boleh buat keje lain sbb kena layan dia je.  Bila papa takde kat rumah, elok je main sorang2 tapi cer ada depan mata, mula la merengek n manja terlebih. Nasib la papa ye. dah anak ikut muka u...hehe.. 

Note: sekarang dah suka makan oat.  haaa ini senang kan keje mama utk prepare breakfast... masak oat dengan buah yang dia suka. layan abis... 

Saya pilih jenama ni... Anzen.
 




2 comments:

  1. sama mcm iskandar..menyusu sambil dduk..meniarap..pastu boleh plak siap panjat atas badan smbil menyusu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... mcm2 perangai bila dah besar ni. tu belum adegan gigit2 lagi... haih.. sabor je..

      Delete