Followers

Monday, December 3, 2012

Perkembangan Danial

Salam... lama tak cerita ceriti tentang perkembangan Danial. Dalam usia dia yang baru masuk 13 bulan ni, Danial dah boleh berjalan sendiri dan kadang2 dah berlari pun. kalau bab berlari ni memang berterabur sikit la. huhu. Ntah bila dia pandai duduk tahu2 dah boleh berdiri sendiri.  Cepat sangat masa berlalu.

Masa umurnya 10bulan, Danial dah boleh berdiri sendiri tanpa bantuan.  Dia akan berpaut pada sofa atau apa sahaja yang boleh menyokongnya.  Mula bertatih sikit2.  Dalam tempoh tu, saya ada terfikir nak beli moon walk baby walker belt macam gambar kat bawah ni.  Tak sempat beli pun.. tahu2 dah boleh menapak sendiri.  huhu
moon walk baby walker belt sumber: google

Bila dah 11 bulan tu Danial dah pun boleh berjalan sendiri.  Bagi saya ia agak cepat la kot. ker mmg mcm tu standardnya.. hehe. ye laa Danial tu la sorang nya anak saya. nak banding ngan sape pun. apa pun saya bersyukur sebab semua perkembangan Danial adalah positif.  Tentang penggunaan baby walker, (refer gambar di bawah),  banyak pendapat mengatakan ia tidak elok untuk perkembangan bayi. Oleh kerana Danial ni agak lasak, saya terpaksa guna jugak bagi mengelakan dia merangkak2 tak tentu hala dan mengutip benda2 kecik kat lantai n masuk mulut.  tapi penggunaan baby walker ni kejap je.  sbb ada yang kata nnt kaki anak tak lurus pulak.. hmm risau mehhh

baby walker sumber: google
Perkembangan lain, antaranya ialah Danial dah boleh memahami beberapa perkara yang saya cakap.. Macam sesi pembelajaran la jgk.. bila saya kata duduk, dia duduk, saya kata pakai seluar, dia akan angkat kaki sebelah dan masuk dalam lubang seluar tu... tapi kadang2 dia masuk tangan.. haihhh sabor je ler. bila nampak saya pegang mangkuk sambil ketuk2 dengan sudu, dia tau la food dia dah ready... n buat muka excited.  (muka dah excited tapi kadang2 makan tak abis jgk... sibuk main je). dia dah tahu apa itu bola, kereta, haa lagi satu, pantang ajak mandi, dia dulu masuk bilik air... hmm lain2 macam salam cium tangan, bye bye (wave) kiss, peluk, tunjuk isyarat no no no...

Kalau datang mood bermanja dengan mama dia, dia akan baring atas badan saya sambil peluk.  kadang2 menyusu mcm tu pun boleh... hmm tapi kalau tetiba nampak papa dia, terus segar biji mata... nampak papa je mesti ingat main... haihhhh. so kalau nak tido kan Danial, papa tak boleh ada dalam bilik. kalau tak, smpi bila la tak tido. anak bapak...





No comments:

Post a Comment