"Mana budak Danial tu..."
Setiap kali saya cakap mcm tu kat dia, Danial akan cepat-cepat sorok kan diri. selalunya sorok muka je laa... konon2 orang tak nampak dia. Lagi dekat suara saya kat dia, mula la dia jerit2 sebab takut kena 'tangkap'.
Dalam membesarkan anak ni, sepertinya saya tak mahu miss apa2 perkembangan dia. tapi apa nak buat, tuntutan dunia membataskan masa saya dengan anak. Sebolehnya kalau ada peluang tu memang nak spend dengan anak je. lagi la bila anak dah boleh berjalan ni, semua tempat dia nak explore. Paling dia suka masuk bilik air. pantang kalau pintu terbuka, cepat2 dia lari nak masuk situ. Nak suruh keluar bukan boleh paksa2 n kena la pujuk betul2 or alihkan perhatian dia dengan mainan lain. kadang2 saya tutup lampu kot kot la dia takut... hmm tak jugak rupanya. lagi dia ketawa mengekek ada laaa.. (ingat orang main cak cak ngan dia)
Kesabaran yang tinggi sangat la penting dalam meng 'handle' anak yang sedang membesar ni. Memang penat, tapi buat je la apa yang patut. bak kata Wardina "Kat dunia ni mmg kita kena penat.. kalau tak penat means something wrong dengan kehidupan kita. xde istilah rehat bila menjadi ibu." haa itu laa yang saya dan semua ibu2 kat dunia ni alami.
Aksi nyorok2 Danial
Note: Dah pandai ajuk cakap papa dia...
No comments:
Post a Comment