Followers

Tuesday, February 26, 2013

Yayyy 16-month Danial

weeee kejapnya masa berlalu dan Danial dah pun masuk 16bulan

Setiap kali nak dekat perubahan bulan ni, ada la ragam baru yang keluar dari budak kecik ni.  Tapi mujur kali ni tak teruk sangat berbanding bulan lepas.  Suhu badan  je asik naik turun tapi tak membawak ke demam. Alhamdulillah semua nya ok.  Selesema dan batuk berkahak tu ada la sikit2 tapi amik masa lama pun.  Agaknya berkat minum air buah delima kot.. Buah delima ni dipercayai boleh mengurangkan kahak malah menghilangkannya terus dengan lebih cepat berbanding ubat cair kahak tu.  Cara nya: - 
 Sumber: Google Images 

1 biji buah delima (kupas kulitnya dan keluarkan isi semua2)
Masuk dalam blender dan blend manja2 (tambah air masak sikit)
Tuang ke dalam bekas lain dan tapis segala hampas yang ada... (ini bagi mengasingkan bijinya)
haaa siap dah... Terus boleh bagi minum.  letak straw skali. huhu... 

Aktiviti budak 1 tahun 4 bulan





Best kan jadi budak kecik.  Masa saya budak2 dulu pun, suka tabur bedak atas lantai lepas tu 'berenang'.... hmm patut la perangai turun kat anak... Nasib nasib...


Friday, February 8, 2013

Night Night Balm

Balm untuk bagi baby tido...

Salam... Kalau la betul2 ada balm seumpama ini, mudah la keje ibu2 ni kan. Sebenarnya balm ni bukan lah ubat tido untuk baby tetapi aromanya mampu membangkitkan rasa nyaman dan memudahkan baby untuk tido.  

Di suatu malam ketika Danial terjaga dan tak boleh tido kerana hidung nya tersumbat akibat batuk selsema dan yang paling teruk dia terjaga sambil nangis2 sebab tak selesa.  Kalau dah anak tak boleh tido, jgn harap la mak bapak nya boleh tido jugak. Puas la kami memujuk dan cuba membuat apa yang patut bagi menenangkan Danial.  Lepas tu saya teringat "Night Night Balm" yang saya pernah beli dulu.  Saya pun sapu la kat hidung, dada dan mengosok2nya di belakang badan.  Danial terus tetido di pangkuan papa dia.  Aik?? senangnya.!! terus tido pulak tu. Kami tunggu sekejap dan lepas tu Danial tejaga balik dan menangis lagi. Saya pun sapu lagi balm tu dan Danial pun tido kembali dengan lenanya dan mama Danial tak boleh join skali sbb dah masa untuk bersiap2 ke office. Tetapi sebelum tu, siapkan dulu breakfast dan lunch Danial ke rumah Maktok (pengasuh) nnt.  

Makanya, muka Mama Danial mmg tak boleh nak senyum pagi tu. huhu. ngantuk... huarggghhhh 


Bloglovin

<a href="http://www.bloglovin.com/blog/4752661/?claim=p82e7qqz3ug">Follow my blog with Bloglovin</a>