Balm untuk bagi baby tido...
Salam... Kalau la betul2 ada balm seumpama ini, mudah la keje ibu2 ni kan. Sebenarnya balm ni bukan lah ubat tido untuk baby tetapi aromanya mampu membangkitkan rasa nyaman dan memudahkan baby untuk tido.
Di suatu malam ketika Danial terjaga dan tak boleh tido kerana hidung nya tersumbat akibat batuk selsema dan yang paling teruk dia terjaga sambil nangis2 sebab tak selesa. Kalau dah anak tak boleh tido, jgn harap la mak bapak nya boleh tido jugak. Puas la kami memujuk dan cuba membuat apa yang patut bagi menenangkan Danial. Lepas tu saya teringat "Night Night Balm" yang saya pernah beli dulu. Saya pun sapu la kat hidung, dada dan mengosok2nya di belakang badan. Danial terus tetido di pangkuan papa dia. Aik?? senangnya.!! terus tido pulak tu. Kami tunggu sekejap dan lepas tu Danial tejaga balik dan menangis lagi. Saya pun sapu lagi balm tu dan Danial pun tido kembali dengan lenanya dan mama Danial tak boleh join skali sbb dah masa untuk bersiap2 ke office. Tetapi sebelum tu, siapkan dulu breakfast dan lunch Danial ke rumah Maktok (pengasuh) nnt.
Makanya, muka Mama Danial mmg tak boleh nak senyum pagi tu. huhu. ngantuk... huarggghhhh
mana nak cari balm ni...?
ReplyDeleteayu beli online... sebabnya tak semua kedai baby ada jenama Badger ni. Memang bagus sgt. selain night night balm, ayu guna 'Baby Balm'. yang bagus untuk ruam. cepat je baik. n sesuai sgt untuk kulit baby sbb organic. mak baby pun sesuai... ;)
Deletehttp://www.thebabyloft.com/catalog/product_info.php?products_id=2383&osCsid=4960f19a0cffe14a77e95acad5fa6e8b
ouh ok ok...thanks Ayu.
Delete