Followers

Tuesday, February 26, 2013

Yayyy 16-month Danial

weeee kejapnya masa berlalu dan Danial dah pun masuk 16bulan

Setiap kali nak dekat perubahan bulan ni, ada la ragam baru yang keluar dari budak kecik ni.  Tapi mujur kali ni tak teruk sangat berbanding bulan lepas.  Suhu badan  je asik naik turun tapi tak membawak ke demam. Alhamdulillah semua nya ok.  Selesema dan batuk berkahak tu ada la sikit2 tapi amik masa lama pun.  Agaknya berkat minum air buah delima kot.. Buah delima ni dipercayai boleh mengurangkan kahak malah menghilangkannya terus dengan lebih cepat berbanding ubat cair kahak tu.  Cara nya: - 
 Sumber: Google Images 

1 biji buah delima (kupas kulitnya dan keluarkan isi semua2)
Masuk dalam blender dan blend manja2 (tambah air masak sikit)
Tuang ke dalam bekas lain dan tapis segala hampas yang ada... (ini bagi mengasingkan bijinya)
haaa siap dah... Terus boleh bagi minum.  letak straw skali. huhu... 

Aktiviti budak 1 tahun 4 bulan





Best kan jadi budak kecik.  Masa saya budak2 dulu pun, suka tabur bedak atas lantai lepas tu 'berenang'.... hmm patut la perangai turun kat anak... Nasib nasib...


No comments:

Post a Comment