Salam,
Mengajak Danial bershopping bukan la satu idea yang bernas di kala umurnya sudah 1tahun setengah ini. Di saat seluruh anggota badannya yang sudah mampu digerakkan tanpa bantuan menjadikan kedua ibu bapa Danial lebih aktif ketika di shopping complex. haha... penat wehhh berkejar-kejaran ngan anak. Solution yang mungkin ada ialah menggunakan stroller bagi memudahkan kami mengawal budak kecik nih. Tetapi setelah skill berlari semakin mahir, Danial tak mahu duduk saje dalam stroller n mahu explore sendiri segala yang terpandang di depan mata. hmmm cara lain ialah, menggunakan harness!! Kaedah ini tersangat la janggal ataupun pelik dikalangan orang kita walaupun digunakan di bandar metropolitan ini. owh yee.. bagi yang masih tertanya-tanya apa itu harness, sila lihat gambar di bawah.
Saya dah cuba dah kaedah ni, hmm mcm tak berjaya je.. sbb Danial akan berlari sekuat ati dan meronta lebih kuat apabila terasa disekat. Last2 kena dukung jugak.. haihhh... itu takpe lagi, pandangan orang sekeliling yang memandang serong ibu bapa menggunakan harness ni kerana menyamakan anak seperti pets.. Pets??? tepuk dada tanya slera uolll. Mungkin ada parents yang pernah guna harness ni boleh share cerita uoll jugak.
Walau apa pun, saya tak la smpai tahap menyesal bawak anak jalan2... Memang la penat sikit tapi melihat gelagat dia tu buat kita tergelak... hmm layan je la gambar2 budak baik ni...
Jalan2 kat MidValley |
Teruja tgk air pancut |
Kagum sangat dengan ikan2 yang besar |
Papa Danial pun kagum |
Aquaria KLCC |
Tgk muka ikan ni... |
Puas dah tgk ikan |
Acara yang tak pernah tinggal bila berjalan2 |
"Jom ikut saya shopping" |
"Hmm cantiknya baju2 ni" |
"hmmm free size?" |
No comments:
Post a Comment