Followers

Friday, May 31, 2013

Apa yang Danial TAKUT

Salam...

Pernah tak masa kecik2 dulu kita dimomokkan or ditakut-takutkan dengan hantu la.. tempat gelap la... orang gila laa... dan segala macam ketakutan yang ada kat dunia ni. Tujuannya mmg sangat murni supaya anak tu tak pegi pada stranger, tak masuk ketempat2 yang dilarang or tak bermain dengan benda2 yang bahaya. TETAPI akibat kepada ketakutan yang direka-reka tu akan memberi kesan jangka panjang kepada kanak2 tersebut yang asyik takut semua benda... haihhhh nnt nak mintak tolong pun susah. semua nak berteman. 

Merujuk kepada Rehal Child Development Centre, "Kreativiti anak2 terhad akibat ditakutkan". Memetik sikit apa yang ditulis kat situ, kanak2 yang selalu ditakut-takutkan akan hilang self esteem nya serta takut mencuba sesuatu yang baru.  Selain itu gaya hidup yang dibawa oleh ibu bapa sedikit sebanyak mempengaruhi pembawakan diri anak tersebut.  Ibu bapa yang sering membawa anak2 bersosial akan menjadikan anak2 mereka lebih berkeyakinan dan tidak terlalu pemalu. Untuk bacaan lanjut sila klik REHAL

Ok Ok berbalik kepada cerita Danial, hmmm sebolehnya saya tak nak menakut2kan dia dengan apa benda pun.  Walaupun ditinggalkan dalam bilik yang gelap, Danial masih ok... Mula2 tu ingatkan dia akan nangis bila ditinggalkan... rupanya tidak.. siap senyum2 lagi keluar dari bilik... hmmmm.

Tapi apa yang saya lebih tekankan ialah jgn sentuh sesuatu benda yang kotor.  Jadi dia akan geli untuk memegang benda2 yang tercemar... contohnya, apabila dia sepahkan makanan, saya akan cepat2 kata Eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..... so dia akan stop dari aktiviti menyepahkan itu. so perkataan eiiiiiiiiiiiiiiiii tu akan membuatkan dia automatik rasa geli dan xmo pegang or beredar dari kawasan tu. haha... pelik pulak rasanya... pernah sekali saya masak utk dia.  bila saya tunjuk terus dia kata Eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii (sebab nampak mcm2 benda dalam pinggan dia n selalunya sayur or daging yang dipotong kecik2). adoiii budak ni. bila dah cakap mcm tu mula la susah nak makan. Terkena la saya ni. Jadi selepas tu bila saya nak tunjukkan makananan dia dan sebelum dia bukak mulut, saya akan cakap nyum nyum... so dia pun cakap nyum nyum (maknanya sedap).  


Baju Melayu Kanak2 (kain tshirt) sila LIKE Facebook Bintang Collection





No comments:

Post a Comment