Followers

Wednesday, June 19, 2013

Aktiviti lepas baik demam

Salam, 

Selalunya apabila baby atau kanak2 demam, orang2 yang lebih berpengalaman (xmo kata orang tua... huhu) akan kata 'haa nak pandai sesuatu la tu...'. Mesti ada yang biasa dengan ayat ni kan. Hmm mungkin ada kebenarannya dengan kenyataan ni dan yang paling ketara ialah kalau nak tumbuh gigi terutamanya gigi pertama dan gigi geraham.  Tapi lain pulak dengan Danial ni, kerana baru2 ni saya perasan yang dia mula nak pandai bercakap.  Walaupun hanya mengajuk (tak betul pun sebutannya) tetapi lagu tu dah ada... Lucu pulak bila dengar dia cuba mengajuk mama dia berleter nih. Masa tengah demam tu, selera makan terus hilang.  ini disebabkan terdapat ulser kat tekak Danial.  Kesian tengok dia menangis bila cuba menelan air masak!  tapi bila dah baik ni, selera semakin ok :) 

Lepas je keluar hospital, kami bawak dia makan di kedai makan Upin Ipin.  Dalam banyak2 cerita kartun, Upin Ipin ni bukanlah pilihan pertama dia.  Tetapi sejak makan kat situ, Danial dah mula minat Upin Ipin dan kalau lalu kat depan kedai tu, dia cakap Pin Pin.

Layan Upin Ipin






Ni pulak aktiviti dia kat rumah.... layan Upin Ipin lagi.... Tapi kali ni xtra rajin pulak.. haihhh

Makan kerepek tumpi sampai tumpah2

Amik penyapu, dan menyapu

Sempat lagi pause kan citer tu

Ok siap!!



No comments:

Post a Comment