Followers

Thursday, October 31, 2013

Persediaan Majlis Akikah dan Birthday Party Danial - part 3

Yeahh ini masih kesinambungan kisah persediaan... Majlis nya 2 November ni. Dah tak lama pun dan malam ni dah nak balik kg. 

Kali ni saya nak cerita sikit tentang goodie bag khas untuk kanak2 yang datang kenduri akikah dan birthday Danial tu. 

Paper Bag and Doily Paper
Paper bag ni untuk mengisi segala jenis candy atau coklat untuk kanak2.  Hanya simple deco dilakukan iaitu menggunakan doily paper yang color itu.  takde sticker atau printed image. Nnt dah siap, saya buat entry lagi...

Untuk game atau aktiviti yang kami anjurkan, kanak2 yang sudi atau berani (tak malu2) menyertainya akan diberi goodie bag yang lebih exclusive. iaitu seperti di bawah

Thomas and Friends party pack
Oleh kerana ia exclusive sikit, ada extra hadiah dalam tu iaitu 1 set stationery Thomas and Friends. haaa best tak? best tak? harap budak2 suka la ye.

Thomas and Friends stationery set

Pencil case yang menarik...

Set yang lengkap berserta note book. :)

Oh yaaa.. saya ada tempah lolichoc with printed image... siap letak gambar anak lagi.. cantik dan kemas orang tu buat. next time boleh tempah lagi... huhu. tapi terlupa nak amik gambar pulak... Bagi yang tercari2 lolichoc yang best dengan harga yang tak melambung tinggi, sila la ke My Sweet Homemade

Sehingga ke entry seterusnya... tungguu...

Monday, October 28, 2013

Persediaan Majlis Akikah dan Birthday Party Danial - part 2

sambungan dari siri sebelumnya...

Kali ni nak cerita tentang pencarian baju untuk birthday boy.  Ok, bila cerita tentang birthday party, selain nak menempah kek, si birthday boy pun kena disiapkan jgk.   (Baju papa mama pun tak beli lagi nih... hmmm)

Selalunya la kan, kalau anak orang tu girl, mmg tak payah runsing2 dah fikir dah nak beli baju apa.  pakaikan dia skirt kembang yang beropol-ropol, renda2 yang lengkap dengan crown nya, tongkat sakti la, siap berkepak lagi... Skang lagi la senang sebab ada kedai yang khusus menjual barangan party princess. Dah macam keperluan pulak kan sbb skang orang kawin pun mesti nak guna khidmat flower girl.  So lebih kurang je konsepnya.  Tapi kalau dah anak lelaki, apa je pilihan yang ada? Selain menyewa baju superhero (ikut tema party), jeans and T-shirt la menjadi pilihan.

Berbalik kepada tema yang dipilih iaitu Thomas and Friends, kami pun pergi la ke Mid Valley untuk mencari baju buat si tecik.. ehhh tecik ke?? dah 2 tahun dah. Mula2 pegi metrojaya, tapi takde yang berkenan.  Lepas tu kami terus ke  information board tu, untuk mencari kedai yang menjual baju kanak2.. seterusnya kami pun menuju ke tempat yang dihajati. 

Bahagian kanak2 banyak kat first floor south court, so kami pun menyinggah la kedai2 kat situ.  jalan punya jalan, husband pegi masuk Mothers Care.  Saya pun cakap la, ni kedai barang baby la yang. Tapi husband terus jgk masuk. so saya follow je. ehhh ada banyak baju la. saya pun apa lagi, mula2 menyelak sana sini. (selak baju2 kat situ la). and u know what, ada t-shirt Thomas and Friends!!! yeayyyyy terasa sangat syok hingga nak beli semua.  Tapi tak laa kan. saya beli 2 pasang tshirt dan 1 rolled pants. haaa lega nya. pucuk dicita ulam mendatang. Tak payah pening2 dah. Terus menepati tema. huhu.  


Ni antara barang2 yang dah beli minggu sudah...







Monday, October 21, 2013

Persediaan Majlis Akikah dan Birthday Party Danial

Update dari entry sebelum ni. Tarikh akikah dan birthday party tu dah ditetapkan iaitu 2 November 2013 bersamaan hari Sabtu. Bertempat di rumah PIL di Taman Ria Sg. Petani.  Jadi bagi yang berkesempatan, sila la ye...

Salam... Hari minggu baru ni kami pun memulakan ekspedisi mencari bahan2 untuk sambutan Birthday Danial yang ke 2.  Dengan panas teriknya hari Ahad tu, kami pegi mencari sebuah kedai yang menjual peralatan khas untuk party.  Kedai tu terletak di Pusat Bandar Melawati iaitu Party Heaven.  Rasanya kedai ni memang terkenal la bagi ibu bapa yang sering melakukan sambutan hari jadi untuk anak2 mereka.  Ini kerana kedai tersebut menyediakan pelbagai karektor cartoon yang boleh di pilih sebagai tema hari jadi.  Harga barang2? Hmm biasa2 je. ada yang mahal ada yang murah.  sbb ada item yang diimport jadi mmg mahal la... So seperti entry yang lepas, saya sudah pun memilih tema Thomas and friend.... Tapi yang tak bestnya, karektor Thomas ni tak banyak sangat kerana menurut adik yang jual tu karektor yang diorang banyak jual ni berdasarkan populariti semasa... biasa la kan. takkan nak jual benda yang jarang orang buat.  Yang banyak di jual, Angry Bird, Cars, Disney Princess, Mickey Mouse Club House, Sponge Bob, hmm apa lagi ek? Banyak la sebenarnya. Untuk karektor Thomas ni cuma ada, plastik beg (imported) mahal wehhh. topi (Made in China), Triangle Flag (ni pun Made in China) dan juga Foil Ballon (imported).  Untuk bagi general sikit, kami juga memilih warna merah biru (sempena warna Thomas n Friend) sebagai tema tambahan... so perhiasan tu tak la tertumpu pada barangan Thomas je... kopak wehh kalau nak beli semua thomas party theme kat ebay. Lagi pun membazir je... Tahun depan takkan nak tema sama kan.


Antara yang dah beli

Belon - Biru Merah
Banner  - H A P P Y B I R T H D A Y
Birthday Boy pin 
Ribbon
Topi 
dan banyak lagi... (malas nak taip la tu)

Untuk candy buffet tu, saya dah pegi borong snack kat kedai borong makanan ringan nama Fantasy Jungle.. Kedai ni satu bangunan dengan NSK Wangsa Maju. Banyak jugak la yang dibeli. Ini kerana termasuk 'bunga telur' utk tetamu2 kecil. huhu

Kalau nak tengok macam mana rupanya Party Heaven tu, boleh la ke link ni... Facebook Party Heaven

Sementara tu, kita sama2 tunggu ke entry seterusnya... Persediaan Majlis Akikah dan Birthday Party Danial siri 2...

Wajah Kesayangan Hamba




Tuesday, October 1, 2013

26th October is coming!!!

Tarikh itu datang lagi. Sudah 2 tahun pun peristiwa itu berlalu.  Walaupun keperitan itu masih dirasai, namun kemanisan mengatasi segalanya.  yeahh itu la tarikh Muhammad Aariz Danial dilahirkan. muahmuah dah besar baby mama ni. 

Plan nak celebrate birthday Danial tu mmg ada tapi masih mencari2 tarikh dan lokasi yang sesuai.  ini kerana seminggu selepas minggu 26hb tu kami akan berada di kampung kerana kenduri akikah Danial dan sepupu2nya ada diadakan di Sg Petani. Jadi takkan lah nak buat 2 event dalam masa yang terdekat mcm tu... Alang2 nak balik kg, ingat nak buat kat sana je. hmmm tgh hari kenduri, birthday party petang.. ok kot mcm ni.

Saya dah terbayang2 dah tema hari jadi yang sesuai untuk budak tecik Danial ni.  Mula2 nak buat tema color je... tapi rasa mcm biasa sgt. so saya pilih Thomas & Friend Party Theme atau Party Train. haa baru la dia seronok tgk kartun yang dia minat ada kata mana2.  Puas jugak nak cari idea dan kat sini antara gambar2 contoh yang saya pinjam di Google... let checkitout






**** Kredit: Google

Note: nnt update towards his birthday party train... tunggguuuu