Followers

Thursday, October 31, 2013

Persediaan Majlis Akikah dan Birthday Party Danial - part 3

Yeahh ini masih kesinambungan kisah persediaan... Majlis nya 2 November ni. Dah tak lama pun dan malam ni dah nak balik kg. 

Kali ni saya nak cerita sikit tentang goodie bag khas untuk kanak2 yang datang kenduri akikah dan birthday Danial tu. 

Paper Bag and Doily Paper
Paper bag ni untuk mengisi segala jenis candy atau coklat untuk kanak2.  Hanya simple deco dilakukan iaitu menggunakan doily paper yang color itu.  takde sticker atau printed image. Nnt dah siap, saya buat entry lagi...

Untuk game atau aktiviti yang kami anjurkan, kanak2 yang sudi atau berani (tak malu2) menyertainya akan diberi goodie bag yang lebih exclusive. iaitu seperti di bawah

Thomas and Friends party pack
Oleh kerana ia exclusive sikit, ada extra hadiah dalam tu iaitu 1 set stationery Thomas and Friends. haaa best tak? best tak? harap budak2 suka la ye.

Thomas and Friends stationery set

Pencil case yang menarik...

Set yang lengkap berserta note book. :)

Oh yaaa.. saya ada tempah lolichoc with printed image... siap letak gambar anak lagi.. cantik dan kemas orang tu buat. next time boleh tempah lagi... huhu. tapi terlupa nak amik gambar pulak... Bagi yang tercari2 lolichoc yang best dengan harga yang tak melambung tinggi, sila la ke My Sweet Homemade

Sehingga ke entry seterusnya... tungguu...

2 comments:

  1. SALAM SIS MANE NK CARI PAPERBAG THOMAS & FRIEND?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, paper bag thomas ni saya beli kat kedai Party Heaven (kedai dia kat shoplot taman melawati) Paper bag ni yang imported punya and harga dia mahal sikit. rugi kalau nak beli banyak
      https://www.facebook.com/pages/Party-Heaven/197195406981563?fref=ts

      Tapi kalau nak yang murah ada lagi satu kedai... ini pun saya tau lepas dah beli yang mahal.. huhu... yang ni awak boleh beli online.
      https://www.facebook.com/itsmybirthdayshop

      Kalau perlukan merchandise thomas and friend. boleh tengok kat sini...
      https://www.facebook.com/media/set/?set=a.497949166886803.126411.301603866521335&type=3

      Delete