Followers

Wednesday, October 24, 2012

Baju biru, pegi jauh jauh...

(baju biru merujuk kepada warna baju nurse kat hospital... sejak kali pertama disuntik untuk ambil darah, danial macam dah phobia kat diorang nih)

Kronologi (katanya...)

Jumaat - Sabtu - Ahad - Isnin - Selasa

haaa 5 hari yang buat kami sangat terasa hospital seperti rumah dan rumah seperti hospital... huhu.  

Rabu Malam  17 October 2012 - Danial tiba2 demam setelah 2 hari selsema. Badan dia sangat panas n takpayah nak OMRON bagai pun tau badan dia panas.  Saya pun bagi ubat demam seperti biasa.  tetapi ia tak la sesenang yang disangka sebab bukan nye terus baik demam tu.  puas la tekap tekap dengan kain basah bagi mengurangkan panas tu. tapi tak berjaya jgk... Last2 danial tetido... (ngantuk ubat la tu...)

Pagi Khamis 18 Oktober 2012 - Danial nampaknya macam sihat sikit... (sib baik dah bagi ubat)... Tapi kitorang pegi jugak klinik, mana la tau kalau2 ada apa yang tak kena ke.  Seperti biasa doktor bagi ubat demam, ubat selsema, ubat cair kahak, dan antibiotik.  Balik je dari klinik, terus hantar Danial ke rumah pengasuh dan kami pun pegi keje macam biasa.  --------------Lepas lunch pengasuh call.  Dia cakap badan Danial panas sangat n dia risau.  Saya pun dengan pantasnya message husband tentang Danial.  Kebetulan saya ada appointment petang tu, so terus keluar dari ofis dan bergegas jumpa client jap.  dan dengan pantas jugak terus balik ke rumah. Sepatutnya appointment lambat lagi tapi terpaksa dicepatkan sikit.  Sampai je rumah, husband dah ada kat rumah rupanya.  (hmmm lega...) Dah siap mandi dah pun.. tapi, panas tak surut jugak.  Saya pun terus menyusukan dia sampai terlelap. Malam tu, demam masih tak surut dan kami dah buat macam2 bagi panas dia turun. tapi tak turun2 jgk.. saya yang ngantuk2 itik ni sampai pening2 kepala tahan mata... sampai la pukul 2.30 pagi kami pun amik keputusan untuk ke hospital.. untuk mengelakkan perkara buruk berlaku. Perkara yang ditakuti dah jadi kenyataan pun.  kena tahan ward lorrr... Dalam hati ni berdoa je laa agar Danial cepat2 sembuh.  bayangkan budak kecik tu kena cucuk sbb nak amik darah.. ish ish.  tu belum dengar dia menjerit2 sebab sakit kena cucuk, masuk ubat bontot dan marah sbb kena mandi tanpa seurat benang depan nurse2 tu.. huhu oh yaa tempreture malam tu 40celcius.. haaa tinggi kan dan doktor cakap ada jangkitan pada darah dia dan itu la yang membuatkan dia demam.

4 pagi Jumaat 19 Oktober 2012 - Kami pun diberi bilik ... Dengan langkah yang longlai2 ni saya pun terus susukan Danial sampai dia tetido... tapi bukan la semudah tu kiri & depan katil ada baby2 orang lain jgk. dan takde sape boleh marah diorang kalau diorang nak menangis subuh2 tu.  so, Danial yang nak terlelap ni pun turut terjaga... dan saya pun hmmm tak boleh tido jgk la nampaknya... oh yaaa.. husband dah balik umah untuk ambil semua kain baju kitorang dan sume kelengkapan. 

Sebab hidungnya tersumbat...

Hari Pertama 19 Oktober 2012 - lepas kena ubat sumbat tu, panasnya semakin surut 38celcius... abis basah tilam dengan peluh danial.  tak lama lepas tu 37celcius... (haa lega lega)... tak lama lepas tu, panas dia naik balik.dan paling tinggi 40.7... hmmm... nurse cepat2 suruh bagi mandi. dan sudahnya badan Danial mengeletar...  kaku je badan dia masa nak pakai kan diapers dan baju... kalau takkkkk dia la yang paling susah nak bagi pakai baju. 
 Aktiviti panaskan badan...



Hari Kedua 20 Oktober 2012- haa lupa nak cakap malam tadi kami pindah bilik... dari bilik 4 katil ke bilik single standard... Kira privacy la sikit tapi sunyi je laa... eh eh byk pulak songeh nye ek... hehe... Kat bilik ni selesa la sikit. bukan hanya untuk kami tapi untuk opah n atuk yang datang dari taiping tu.  Nak solat ke nak tengok tv sambil angkat kaki ke... nak makan ke, sape pun tak heran. ok, berbalik pada cerita Danial... menurut doktor, kuman yang ada tu telah pun berkurangan dan Danial tak lagi demam... tapi ada benda lain pulak.. KAHAK.. ish ish.  setelah di X-ray, Doktor cakap paru2 kanan dia banyak kahak sebab tu bila bernafas ada bunyi sikit. Bagi mencairkan kahak tu, selain dari makan ubat, Danial kena nebulizer atau bahasa mudahnya sedut gas... bukan gas perut tapi gas untuk cairkan kahak... 4 kali sehari pulak tu... 6 pagi, 12tghhari, 6petang dan 12tgh malam... Lagi sekali Danial menjerit2 bila nurse2 baju biru tu masuk bilik.. 

Hari Ketiga 21 Oktober 2012 - Danial masih mendapat rawatan seperti biasa... antibiotik, ubat demam, selsema, ubat kahak, nebulizer dan rutin pemeriksaan oleh doktor dan nurse kat situ... mahu nye tak boring budak ni... so sekali sekala saya biar je dia menjelajah dalam bilik ni sorang2 dia...








Hari Keempat 22 Oktober 2012 - Sama jugak macam hari ketiga... Doktor cakap kahak dia masih ada, jadi kena tunggu sampai esoknya tu... hari kelima la tu... hmmm apa nak buat.. saya redha je laa duduk kat sini... tapi sebenarnya sume ni ada hikmah. Berehat sambil bersantai dengan Danial... tapi bagi Danial, tinggal di hospital ibarat percutian yang mengerikan... kesian dia... Bila papa dia datang je, terus dia tukar mood baik ke mood manja... asik nak berdukung je. suruh papa dia bawak jalan2... (boleh la saya rehat sat...) 


Hari Kelima 23 Oktober 2012 - haaa akhirnya Doktor dah bagi kami balik... maknanya Danial dah ok la tu. tapi 29 Oktober ni kena pegi balik jumpa doktor... takpe laa. asalkan kami tak beraya kat hospital.. kesian kat husband yang teringin makan ketupat daun palas tok dia... (masa raya ari tu makan sikit katanya...)
Sebelum balik rumah, saya biar dia main puas2 dalam bilik tu... 

Joget dulu yaa

Tengah fikir macam mana nak pegi kerusi sebelah

Malam2 papa tido kat kusi ni laa...


Antara yang sempat saya snap... (guna hp je...)

Pose orang demam

Tetido sendiri...

Mimpi sampai ke bintang

Mimpi 100 meter

huarghhh ngantuk lagi la mama...

Selepas aktiviti panaskan badan
Pengajarannya di sini: Kalau anak tu umur 1 tahun ke bawah, jangan la tunggu sampai panas sangat baru nak bertindak... Cepat2 la bawak ke hospital ye... :)

No comments:

Post a Comment