(catatan diary Danial)….
Dear Diary…
Hi semua, nama saya Danial, saya
baru je berumur 11bulan… Buat masa ni, saya la sorang2nye buah hati mama ngan
papa saya. Hari ni saya nak bercerita
tentang mama saya… ok, kita mulakan dari pagi la ye…
Setiap kali saya celik mata je,
mesti nampak mama tengah siap2 nak pegi keje.
Kalau mood saya baik, saya akan tegur mama mcm biasa. Kalau mood tak baik, saya mula la meraung2…
hehe bukan apa, saya nak susu la mama… Bila dah nangis tu, mama cepat2 datang
dekat n bagi susu.
Tak lama lepas tu, mama akan pegi
keje dulu n tinggal la saya dengan papa.
Oh yaa setiap pagi papa yang akan hantar saya ke rumah
maktok(pengasuh). Office papa dekat, so
boleh la keluar lambat… Sampai je rumah maktok, mula la hati rasa tak keruan…
Kat sini best dan banyak kawan, tapi rasa sedih pulak bila papa tinggalkan saya
kat situ… saya pun nangis kuat2 dengan harapan papa bawak saya pegi keje.. hmmm
harapan laa sgat…
Bila dah petang, papa jugak yang
amik saya sbb mama selalunya sampai rumah lambat. Tapi kalau mama balik cepat, cepat la Danial balik rumah… huhu
Sambil2 tunggu mama tu, saya akan
mengendeng kat papa dulu… ajak papa main… (Boring la main sorang2…) Bila mama
sampai je rumah, saya pun merangkak laju2 ke arah mama sbb nak suruh dukung…
tapi mama akan lari2 sbb nak letak beg dulu, salin baju semua n baru la layan
saya… perkara pertama yang dilakukan ialah Menyusu… wahhh nikmatnye…. Sejak
umur saya 9 bulan, mama dah campur susu saya dengan FM. So kat rumah maktok saya hanya minum FM dan
bila ada kat rumah baru saya pulun susu badan… hmmm best2… Mama cakap hari tu,
susu dia makin kurang… hmm betul la tu, maktok pun pening bila mama bekalkan
susu sikit… saya ni dah la kuat minum susu.
Lepas menyusu, mama akan suruh
saya pegi dekat papa sebab mama nak ke dapur…
Selalunya mama akan masak utk
dinner… kalau dah boring sangat, baru laa papa belikan je.. haaa dapat la mama
rehat sikit. Cian mama..
|
Sambil tunggu mama siapkan makanan, mama bagi saya makan buah dulu |
|
Kiri kanan ada buah. |
|
Masyam ler buah ni mama |
|
Satu rumah saya merayau bawak buah tu. Mama terpaksa ikut sbb taknak saya buang merata2. |
ok ok… Dalam
sehari, saya akan makan 3 kali so untuk dinner, mama dah tak perlu kelam kabut
masak untuk saya sbb mama dah masak siap2 pagi tadi dan panaskan je bubur nasi
tu… hah macam mana tu?? Ok mcm ni, setiap malam sebelum tido mama akan masak
bubur nasi *(2 genggam beras) dengan menggunakan slow cooker. Letak pada mode “Auto” dan bubur nasi akan masak
sempurna keesokkan paginya…
*2 genggam beras tu cukup untuk makan pagi, tengahhari dan malam
|
Slow cooker |
Malam tu mama hanya masukkan beras je… beras tu
mama dah tak blend sbb saya kan dah besar so xde masalah kalau ia berketul
pun… Untuk lauk2 dan sayur2 nya pulak,
mama akan campur pada pagi tu… Bagi memudahkan aktiviti masak2 ni, setiap hari
minggu mama akan siapkan pelbagai jenis puree untuk dibekukan. Jadi setiap kali masak, mama hanya perlu
keluarkan 1 @ 2 ketul untuk sekali guna.. Ketul??? Lupa nak bagitahu, puree2
yang telah siap di kisar, mama akan masukkan dalam ice cube tray dan balut
dengan plastik transparent tu…. Kalau ice cube tray yang ada penutup lagi
senang… (hmmm tunggu papa belikan la ye).
|
puree carrot yang telah siap dimasukkan dalam ice cube tray |
|
Sudah dibalut dengan plastik (kalau terdedah nnt kuman masuk) |
|
Kat sebelah tu puree brokoli |
Ok ok sambung balik… bila puree dah beku, mama akan keluarkan ketul2
puree tu dan masukkan dalam bekas lain. Haa lepas tu mama akan labelkan… kan
dah jadi puree tu, semua bentuk sama je… color je lain2… kat label tu bukan
setakat nama puree tu tapi tarikh expired pun kena tulis… Lagi satu, setiap
sayur yang mama nak puree kan, mama akan kukus dulu dan lepas tu blend… Nak rebus
pun boleh, tapi abis laa zat2 sayur tu… so mama prefer untuk kukus.
|
Perbezaan jelas tentang hasil sayur yang di kukus, pressure cooked, rebus dan guna microwave |
Bagi memudahkan keje mengukus, mama ada beli
food processor jenama little bean yang selain tu boleh, memanaskan makanan @
susu dan juga mengisar. Oleh kerana
tiap2 minggu mama buat puree, blender tu dah mcm surrender. Jadi mama gunakan blender biasa je. Lagi senang sbb boleh bubuh banyak2. bila dah siap bubur nasi, mama akan letak 2 portion bubur dalam bekas makanan untuk dibekalkan kepada maktok. 1 portion lagi mama akan masukkan dalam peti ais. (sebelum ni mama pernah biarkan dalam periuk, tapi basi la pulak.)
|
Food processor little bean |
Bila cakap pasal makan ni, mama memang cerewet sikit. Itu tak boleh ini tak boleh. Tapi yang tak boleh tu semuanya makanan yang
tak sesuai dengan umur saya. Niat mama
tu sebenarnya dah betul dah tapi ada yang fikir mcm2. Semua mak kat dunia ni nak bagi yang terbaik untuk anak dia. Kalau saya yang umur 11 bulan ni diberi
minum tehtarik, elok ke tu?? Huh sedap ke tehtarik tu?? Saya pun tak tahu.
Hehehehe..
Snack food mcm kek, coklat, air
manis, ice cream semua mama sekat dari pandangan saya. Tapi tu semua favorite mama n papa… huh!!
Bila la saya boleh join mama papa makan semua2 tu?? Menurut mama, umur 2 tahun
ke atas baru boleh. Itu pun sikit2 bukannya sekali hadap. Tapi kan korang tak tahu, mama tak la hari2
bagi saya makan bubur nasi je. Mama
selalu cari resepi yang sesuai untuk peringkat umur saya ni. Kadang2 mama masak macaroni cheese,
Bolognese, mushroom soup, yogurt + buah2 yang fresh, nasi color kuning (mama
cakap kuning tu jagung n masa mula2 mama buat tu sedap tapi kali kedua tak best
sangat.) nasi sup daging, bubur nasi
ayam butter, grilled banana dan ada lagi la coming soon. Nak kenalkan makanan yang pelik2 ni kena la
berperingkat. Sebab saya ni pun ada
mood jugak. Kalau tetiba saya xnak
makan, saya luah balik. Macam scrambled
egg ari tu… hmmm kering sangat laa mama. Buat la mcm kuah2 sikit.. (sebijik
perangai papa yang tak suka lauk kering2).
pss: lain kali mama kena tangkap gambar la semua makanan tu... senang danial nak cerita kan.
Ok, tadi semua pasal makan je… skang
ni cerita tentang lain pulak. Sebelum
tido, mama akan kemas beg utk ke rumah maktok siap2. Mama akan sediakan dua pasang baju untuk siang hari dan sepasang
baju tido. Tuala kecik, tuala besar pun
mama tukar hari2. Botol pun mcm tu
jgk. Walaupun maktok dah basuh botol2
tu, mama akan basuh lagi skali dan sterilize tiap2 malam. Patut la bil letrik naik. Semua barang letrik yang mama guna tu
semuanya guna karan banyak. Apa nak
buat, rajin la sangat mama nak rebus botol2 tu. Huhu. Lepas dah prepare semua2 tu baru la mama akan tidurkan saya dan
bila saya dah tetido, mama akan angkat n letak dalam baby cot. tapi selalunya mama pun akan tetido jgk sekali… Kesian mama letih… So papa la yang kena alihkan saya...
|
Sebelum tido, tolong mama "kemas" bilik dulu |
|
'ishhh banyaknye kabel papa ni' |
|
'Danial tolong kemas ye' |
Ok lah.. itu la serba sedikit
tentang mama saya. Lain kali saya
cerita tentang papa pulak. Hmm banyak
benda nak cakap pasal papa ni.
Note: ni kan cerita tentang mama saya... tapi mana gambar mama?? nak kenal mama sila ke ayumieka.blogspot.com
No comments:
Post a Comment