Followers

Wednesday, October 31, 2012

Budak kecik Oktober itu...


26 October 2012... genaplah umur Danial 1 tahun.  Sebelum tarikh tu, dalam kepala otak ni plan macam untuk celebrate birthday Danial.  Atas pelbagai faktor yang perlu di ambil kira, berlangsung jugak majlis tu yang tak disangka2 best jugak... hehehe(perasan sendiri).  tengok la sape mastermindnya... ehem ehem.  Oleh kerana hari jadi Danial jatuh pada hari raya pertama raya korban ari tu, maka dengan secara automatiknya kami celebrate di rumah tok nek(panggilan Danial untuk tok dan tokwan) di Sg. Petani.  Oleh kerana semua sedara mara berkumpul disitu, jadi secara automatiknya juga kedatangan adalah hampir 100% jgk pada hari tu.. heheh.. berapa banyak automatik laa.... 

Plan asal nak buat makan2 pastu ada kek sebijik, dan istimewanya Tok Su (panggilan Danial untuk maksu) belanja sate... dan yang paling best, sate ni kami bakar sendiri... cuma dah ditempah siap daging perapnya... Lupa nak cakap tadi, majlis ni kami buat malam so siang tu sempat la nak jalan2 cari kek.  haaa cerita pasal kek ni pulak, kan ke saya cakap tadi ni hari raya pertama... so banyak kedai kek yang tutup.  berpusing2 cari kedai kek... nasib baik ada Secret Recipe yang menjadi penyelamat majlis.  Chocolate Chip Walnut... nyumnyum... 

Perkara yang boleh kata memeriahkan lagi majlis malam tu ialah, acara lucky number... untuk membuat semua orang best je, semuanya dapat nombor bertuah... cuma hadiah je ada yang besar ada yang kecik... tapi memang semua dapat hadiah... best kan best kan... hehehe... haaa atok n opah dari taiping pun datang jugak nak celebrate birthday danial nih... paklong (abang faizol), along (kak azah) abang man (aiman) dan kakak mira (mira) pun ada jugak... Walaupun aiman dah tido pada awalnya, dia bangun jugak dihujung2 acara. so sempat la makan...huhu. 

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang ada, diharap Danial ingat la ye his 1st birthday ni... hmm untuk 2nd pulak, kita pegi berkelah pulak... hmmmm good idea..

Selamat Hari Raya Haji...

Chocolate Chip Walnut... sedap!!!

teruja tengok kek ada api

acara lucky draw..

birthday boy

tok chaq pun dapat hadiah...

tak ketinggalan, tok wan pun dapat hadiah coklat jugak..
Note: Danial masih dengan diet homemade baby food nya...

1 comment: