Followers

Tuesday, December 4, 2012

Kesedaran penyakit pneumokokal

Baru sat tadi saya baca dalam berita harian tentang Angkara Pneumokokal dan antara perkara yang di highlight oleh penulis ialah tentang kesedaran ibu bapa tentang kepentingan vaksin dan kos bagi suntikan tersebut yang boleh dikatakan mahal.

Memang betul pun, macam saya sendiri kalau kawan2 tidak memberitahu tentang kepentingan vaksin pneumokokal ni, saya akan anggap tak penting sebab tak disenaraikan dalam NIP - Program Pelalilan Kebangsaan. Kalau nak baca lebih lanjut tentang Pneumokokal boleh klik sini dan kesannya klik kat sinun.

Apapun kat sini boleh saya ringkaskan sikit; 

Pneumokokal adalah sekumpulan penyakit disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumonia yang menyebabkan jangkitan kuman dalam darah, jangkitan pada membran selaput otak dan saraf tunjang, radang paru-paru atau pneumonia dan jangkitan telinga tengah.

  • Harga - RM300** satu suntikan vaksin 
  •  3 (tiga) kali suntikan bagi bayi bawah 12 bulan
  • 2 (dua) kali suntikan bagi bayi atas 12 bulan hingga 2 tahun
  • 1 (satu) suntikan bagi kanak2 tiga tahun ke atas
  • Vaksin ini tidak disenaraikan sebagai wajib dalam NIP dan perlu dapatkan di klinik @ hospital swasta

Menurut penulis, bukan setakat tiada kesedaran tentang vaksin, tetapi kos nya juga mahal dan ini membantutkan ibu bapa untuk mendapatkannya bagi anak2 mereka.  Jadi memang tepat lah saranan mereka agar suntikan ini dimasukkan dalam yang wajib tu agar semua bayi yang lahir di lindungi.  

Akhir kata, prevention is better than cure... smile ;)

Note: 15 December ni, kami akan ke KPJ Kajang lagi... hmmm last untuk pneumokokal... be strong ye Danial.. hehe.

1 comment:

  1. Assalamualaikum tuan,
    ingin saya bertanya, benarkah suntikan ni suntikan tersebut disuntik sehingga ke tulang?

    ReplyDelete